Adakah anda rela bekerja seperti biasa, lapan jam sehari atau enam jam sehari tetapi tiada waktu rehat yang panjang. Katakan anda bekerja bermula 9 pagi dan balik kerja jam 3 petang. Ya, 3 PM!
Satu syarikat di Sweeden mencuba formula ini selama setahun iaitu bekerja enam jam sehari untuk lima hari bekerja namun tetap dibayar gaji yang sama. Ianya adalah satu eksperimen yang dilakukan oleh kerajaan Sweeden untuk mengkaji bekerja hanya enam jam mampu meningkatkan kreativiti pekerja. Jawapannya; Terbukti berkesan!
Bekerja lapan jam sehari telah diseragamkan di hampir seluruh dunia namun beberapa kajian dijalankan jangka masa tersebut seperti tidak mencukupi untuk sesetengah individu sehingga terpaksa bekerja pada waktu hujung minggu. Namun kajian selama setahun yang dijalankan oleh pihak Sweeden yang melibatkan dua kumpulan pekerja. Seramai 68 orang jururawat bekerja selama enam jam sehari dan satu lagi kumpulan bekerja lapan jam. Keputusan menyaksikan kumpulan jururawat itu jarang jatuh sakit selama setahun. Malah mereka juga lebih gembira dan bertenaga ketika bekerja. Malah mereka mempunyai lebih masa untuk beriadah dan berehat di rumah.
Bagaimanapun eksperimen ini memberi kesan kepada hospital dan perubatan apabila jumlah pesakit berkurangan dan menjejaskan profit. Tetapi sistem bekerja seperti ini telah terbukti meningkatkan produktiviti pekerja kerana secara psikologi, mereka akan membuat kerja lebih pantas untuk pulang ke rumah. Namun beberapa negara di dunia masih belum menerima sistem ini kerana bimbang akan menjejaskan kualiti kerja pekerja walaupun eksperimen memberikan keputusan yang bagus.
Sementara itu kerajaan Malaysia menurut Utusan Online, akan mengkaji cadangan tersebut khususnya untuk penjawat awam untuk mencuba bekerja enam jam sehari. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu termasuk dari segi keperluan dan kewajaran tempoh bekerja yang lebih pendek dalam sektor kerajaan.
Foto: 123rf.com
The post Adakah Bekerja Enam Jam Sehari Berkesan Di Malaysia? appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment