8 Kegunaan Ubat Gigi Yang Menakjubkan

Ubat gigi bukan sahaja bertindak membersih, memelihara dan memutihkan gigi anda. Tetapi ianya juga boleh digunakan sebagai trik dan helah lain yang berguna untuk kegunaan membersihkan barangan lain.

35766397 - toothpaste

1. Barangan yang diperbuat daripada perak yang telah pudar warnanya boleh kembali bersinar dengan cara menggosok ubat gigi dengan tuala bersih di permukaannya. Tidak perlu gunakan jumlah yang banyak, cukup sekadar saiz sebesar duit syiling.

2. Jika lampu kereta hadapan kamu tampak malap, gosok ubat gigi dengan gerakan bulat dan bilas dengan air. Ulang semula langkah tersebut sehingga lapisan luar lampu kereta menjadi bersih.

3. Kasut sekolah anak anda yang mempunyai bahagian hadapan yang diperbuat daripada getah boleh disental menjadi putih dengan ubat gigi.

4. Anda boleh hilangkan kesan  berwap di cermin mata menyelam (goggle) dengan membersihkannya dengan ubat gigi setiap kali selepas berenang.

5. Perabot kayu yang mempunyai kesan degil boleh dilenyapkan dengan ubat gigi dan lebih selamat daripada bahan peluntur.

6. Ubat gigi mampu mengilatkan kepala paip ataupun cerek dan juga bahan besi yang lain.

7. Seterika yang melekit kerana kesan getah atau kain terbakar akan merosakkan pakaian lain. Sental kesan kotor tersebut menggunakan ubat gigi dan span periuk. Jangan pula anda lakukannya ketika seterika telah dihidupkan!

8. Ubat gigi boleh mengilatkan kuku jari anda dan caranya sama seperti anda menyental barang yang lain. Letak ubat gigi di permukaan kuku dan biarkan selama dua hingga lima minit sebelum menggosok dengan kain. Malah ianya juga boleh menghilangkan bau busuk selepas memotong daging atau ikan di jari anda.

Foto: 123rf.com

The post 8 Kegunaan Ubat Gigi Yang Menakjubkan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment