Tidak hanya ruang tamu atau bilik yang sesuai dipasang langsir, dapur juga jangan dilupakan. Tidak seperti ruang lain, anda harus bijak memilih jenis langsir yang sesuai untuk dapur. Jangan sesekali guna langsir lama yang pernah digantung di ruang lain kerana fabriknya tidak sesuai dengan fungsi dan aktiviti di dapur.
- Langsir dapur lebih terdedah dengan kepanasan dan kelembapan. Jadi seeloknya, pilih langsir yang diperbuat daripada fabrik nipis dan ringan yang mudah untuk menyerap. Langsir tebal dan berat lebih sesuai untuk ruang tamu atau bilik tidur.
- Langsir dapur sepatutnya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk untuk menambah kecantikan dapur anda secara semulajadi. Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur. Tetapi tidaklah terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.
- Light curtain pula membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap Memilih kain langsir daripada fabrik renda, kapas dan nylon lebih sesuai. Langsir dapur juga sepatutnya senang untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.
- Pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur sewaktu ingin memasangnya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Jika terlalu hampir dengan dapur masak langsir akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan. Seterusnya mungkin menyebabkan bau hapak menguasai ruang rumah anda. Langsir juga akan mudah memerangkap minyak daripada pelbagai jenis masakan yang akan meningkatkan risiko kebakaran.
- Warna peralatan, kabinet dan kaunter dapur anda mempengaruhi gaya langsir yang dipilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya padan dengan bahagian dalaman dapur yang lain. Anda juga boleh padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding atau kertas dinding yang digunakan. Secara umumnya, gunakan langsir bercorak jika warna dinding dapur adalah solid. Dinding yang dihias dengan kertas dinding lebih sesuai dengan langsir tanpa corak.
- Berikan perhatian pada saiz dan panjang langsir. Langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. Ukuran langsir dapur sepatutnya sama mengikut saiz tingkap. Langsir labuh mudah terkena percikan air, kotoran dan menyerap lembapan.
- Bidai mungkin pilihan yang tepat kerana mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Sangat sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam, tetapi masih membolehkan cahaya masuk pada waktu siang. Anda juga boleh membuka tingkap untuk membenarkan udara segar memasuki ruang dapur rumah anda.
The post 7 Tip Memasang Langsir Dapur appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment