Membersih wajah ialah langkah pertama di dalam rutin penjagaan wajah. Wajah yang dicemari debu kotoran dan sisa kosmetik kembali bersih dan segar apabila terkena sabun dan air kala membersih wajah. Namun tahukah anda, membersih wajah juga boleh menyebabkan munculnya masalah kulit seperti jerawat dan iritasi jika salah caranya. Jom semak beberapa kesalahan yang mungkin anda tidak sedar ketika membersihkan wajah.
Salah Pilih Produk
Ketahui jenis kulit anda terlebih dahulu. Gunakan pencuci wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Ini kerana pencuci wajah mempunyai kandungan dan fungsi yang berbeza mengikut jenis kulit.
Bahan Alergik
Produk kecantikan mempunyai bahan kimia yang bersifat alergik pada kulit. Jika kulit anda sensitive, baca label bahan produk dan rujuk pada yang pakar adakah ianya sesuai ataupun tidak.
Salah Suhu Air
Mitos mengatakan air panas berfungsi untuk membuka pori-pori kulit, manakala air sejuk menutupnya. Sebaliknya, air yang sesuai untuk ketika membersihkan wajah adalah air suam.
Pengelupasan
Pengelupasan merupakan cara efektif untuk membuang sel kulit mati. Anda di sarankan untuk menggunakan produk pengelupasan dua kali seminggu bukannya setiap hari. Untuk mengelakkan iritasi kulit, gunakan pupur wajah yang bertekstur lembut.
Salah Bilas
Jika anda sedang terburu-buru, anda cenderung untuk membilas wajah dengan ala kadar. Padahal sisa sabun boleh membuatkan liang pori tersumbat dan kulit menjadi kering. Bahagian yang paling jarang dibilas adalah sekitar rahang, garis rambut dan hidung. Berikan perhatian di bahagian wajah tersebut.
Terlalu Kerap
Semakin kerap anda membersihkan wajah di dalam sehari, semakin cepat kulit anda rosak dan berminyak. Untuk itu, anda digalakkan membersih wajah dua kali sehari sahaja. Jika anda masih ingin hilangkan kesan peluh dan ketidakselesaan pada wajah, sebaiknya bilas wajah secara lembut dengan menggunakan air suam.
Salah Mengeringkan
Usai membersih wajah, gunakan sehelai tuala untuk mengelap dan mengeringkan wajah. Teknik yang betul adalah dengan menepuk lembut tuala pada wajah, bukannya menggosok dengan kasar.
The post 7 Kesalahan Utama Ketika Membersih Wajah appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment