Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Sumber Google
Siapa kata mereka yang bertubuh besar tidak boleh menjadi seorang model yang berjaya? Setiap orang mempunyai bentuk tubuh yang berbeza, ada yang berisi, ada juga yang kurus. Meskipun seseorang itu bertubuh besar tidak bermakna kita boleh merendahkan mereka, mana kita tahu kejayaan dan kelebihan mereka tidak pernah kita capai.
Seperti mana model-model bertubuh besar yang EH! kongsikan ini. Mereka membuktikan yang stail itu tidak bergantung pada saiz tubuh seseorang dan semua orang boleh tampil stail serta berjaya jika itu yang diinginkan. Konfiden itu penting!
Ashley Graham
Model yang mempunyai bentuk tubuh curvy ini membuktikan yang dirinya boleh menjadi seorang model terkenal meskipun berbadan plus size. Ashley turut mempunyai koleksi pakaian dalam dan mandi bersama Addition Elle. Pada tahun ini, Ashley menjadi muka depan untuk majalah Sports Illustrated untuk isu pakaian mandi.
Candice Huffine
Huffine pernah dirakam di dalam majalah American dan Italian Vogue, V Magazine dan W menerusi kempen oleh Lane Bryant “I’m No Angel”.
Nadia Aboulhosn
Seorang wanita yang mempunyai banyak topi. Blogger ini turut pernah menghasilkan rekaan pakaian untuk Lord & Taylor, Boohoo dan Addition Elle.
Tara Lynn
Lynn pernah menjadi wajah depan di majalah ELLE France, ELLE Spain dan ELLE Hungary.
Barbie Ferreira
Model yang berketinggian 5 kaki 8 inci ini pernah tampil menerusi iklan untuk Aerie Real yang mana sebuah kempen untuk mempromosikan helaian fesyen American Eagle dengan gambar-gambar yang tidak langsung memasuki proses edit.
The post 5 Model Plus Size Yang Berjaya appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment