Berhijab kini bukan lagi satu fenomena baru buat masyakat muslim di Malaysia. Seiring dengan kepesatan ekonomi negara maju, hijab juga mendapat tempat seiring dengan aliran fesyen masa kini. Jika dahulu tudung atau hijab hanya mempunyai jenis fabrik dan gaya terhad, kini ia di modenkan dan diberi suntikan baru sesuai dengan fesyen masa kini. Jom lihat fesyen tudung popular masa kini!
- Bawal
Tudung bawal adalah antara item yang paling lama digunakan sehingga kini. Ada diantara pengguna yang masih setia mnggunakan tudung jenis ini sejak dahulu lagi. Pendek kata, tudung yang tak lapuk dek zaman dan selalunya fabriknya nipis dan tidak panas.
2. Instant Dua Muka
Bergaya dalam dua minit! Itulah yang sering dikatakan oleh pengguna tudung instant. Selain mudah dan pantas, keistimewaan tudung ini adalah, ia tidak memerlukan sebarang pin atau keronsang kerana jahitannya sudah melengkapkan penggayaan tudung ini.
3. Selendang
Selendang pula boleh digayakan dengan pelbagai cara, asalkan kreatif. Kebanyakannya boleh didapati dengan cetakan bercorak dan fabriknya pula tidak perlu digosok. Jadi buat anda yang ingin bercuti, ini pilihan terbaik untuk anda!. Selain itu ia merupakan fesyen hijab yang paling murah untuk didapati.
4. Turban
Kalau hijab turban sahaja pasti teringat penyanyi Yuna kerana dia diantara artis yang menaikkan fesyen turban di Malaysia. Selain tampak lebih bergaya dan unik, turban boleh digayakan dalam apa jua acara dan boleh didapati dalam bentuk asal selendang mahupun instant.
5. Tudung Syria
Sifat tudung Syria ini seakan tudung instant. Namun apa yang membezakannya adalah awning tudung jenis ini melekat pada dahi anda dan tampak kemas apabila memakai. Tidak perlu untuk menggunkan anak tudung kerana biasanya ia sudah dijahit bersama anak tudung.
Sebenarnya banyak lagi jenis tudung yang anda boleh gayakan. Kesemunya bergantung kepada kreativiti anda. Jadi sekiranya mempunyai kelapangan masa, boleh cuba pelbagai jenis tudung mengikut citarasa anda. Paling penting ia memberi keselesaan untuk anda!
The post 5 Fesyen Tudung Popular 2016 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment