Sayuran bukan sahaja berkhasiat malah sebenarnya enak dimakan jika anda tahu bagaimana untuk menyediakannya. Apa kata cuba resipi yang Jelita sarankan ini dan selepas ini pasti lebih mudah untuk anda yakinkan si kecil untuk makan sayuran.
1. Brokoli Panggang
Potong brokoli kepada beberapa bahagian kecil dan susun di atas dulang pembakar. Sapu beberapa titisan minyak zaitun dan tabur sedikit garam dan lada sulah. Panggang di dalam ketuhar selama 10-13 minit pada suhu 200 C. Akhir sekali, tabur serbuk keju dan siap untuk dihidang.
2. Cendawan Butang Goreng
panaskan kuali leper, dan goreng cendawan tanpa minyak sehingga menjadi keperangan. Kemudian barulah masukkan dua sudu minyak zaitun dan bawang putih yang telah di parut. Goreng sehingga sebati dan tabur secubit garam atau secukup rasa.
3. Tomato Ceri Bersama Bawang Putih
Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Gaul sebati tomato ceri, bawang putih yang diparut, minyak zaitun, garam dan serbuk lada sulah di dalam mangkuk. Kemudian letakkan kesemuanya di atas dulang pembakar dan panggang selama 20-25 minit.
4. Lobak Sirap Maple
Potong lobak merah secara memanjang tetapi jangan terlalu halus. Panaskan kuali bersama dua sudu minyak zaitun dan goreng lobak kemudian tutup kuali dengan penutup supaya lobak menjadi empuk selana 10 minit. Kemudian tuang perahan jus oren dan sirap maple. Gaul sebati kemudain letak secubit garam, lada sulah dan daun thyme.
Foto: 123rf.com
The post 4 Resipi Penyediaan Menu Sayuran Yang Mudah Dan Sedap appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment