Perut buncit bukan menjadi penghalang buat anda untuk berfesyen. Malah sekiranya penampilan anda nampak bergaya dan segar, ia boleh menandingi mereka yang mempunyai saiz perut yang lebih kecil.
Beberapa helah pakaian Jelita cadangkan untuk anda ikuti bagi menyorokkan perut anda tanpa perlu rasa tekanan mencari pakaian atau menjadi bahan ejekan kawan-kawan. Perlu diingati, segala helah ini mungkin membantu anda namun sekiranya perut anda bertambah ketara, kenalah mula bersenam ya!
1. Pilih baju potongan Peplum
Potongan baju peplum ini bukan sahaja untuk boleh digunakan untuk baju sewaktu musim raya sahaja. Kini banyk butik dan jenama fesyen yang menawarkan baju potongan ini kerana renda yang dijahit mengelilingi pakaian itu menutup bahagian perut anda dan mengekalkan potongan bentuk badan anda. Sudah tentu ini yang terbaik untuk anda!
2. Seluar potongan High-Waisted
Ini berita baik untuk anda yang gemar memakai denim dan seluar berfabrik tebal. Seluar berpinggan tinggi ini juga menyerlahkan ukuran pinggang anda dan menutup bahagian depan perut dengan mengikut saiz bersesuaian untuk pinggang anda. Kebiassanya seluar berpinggang tinggi ini hadir dalam fabrik denim namun pelbagai fabrik selain denim juga menyediakan potongan seperti ini. Anda boleh memilih apa sahaja fabrik yang anda mahukan namun pastikan ia berfabrik tebal seperti denim ya!
3. Baju Oversized
Mulai hari ini, tambahkan baju potongan yang lebih besar dalam gerobok anda kerana ia adalah item yang paling selamat untuk menyembunyikan perut anda. Potongannya yang besar sudah tentu memberi keselesaan dan ia boleh disesuaikan mengikut gaya yang anda mahukan. Kebiasaanya item ini menjadi barangan fesyen kegemaran para muslimah dan tidak susah pun untuk mencari baju Oversized ini.
4. Kaftan
Kaftan terkenal dengan fabrik yang flowy dan lembut. Jika dahulu kaftan hanya dipakai sewaktu musim perayaan kini ia diberi suntikan baru dengan menggayakan ia sewaktu bersantai bersama rakan mahupun membeli belah di pusat beli-belah. Namun apa yang perlu ditekankan disini adalah corak atau cetakan pada kaftan. Kalau mahu bersantai di siang hari, elakkan cetakan sarat.
Foto: Google.com
The post 4 Helah Pakaian Tutup Perut Buncit appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment