Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Sumber Google
Berikutan kes tembak-menembak di Amerika Syarikat, Donald Trump seringkali dilihat cuba menyebarkan aura kebencian kepada semua yang beragama Islam. Menerusi hujahnya, Trump turut mahu menyekat sesiapa sahaja yang beragama Islam dari memasuki Amerika Syarikat jika dirinya berjaya menjadi presiden negara kuasa besar itu.
Kenyataan Trump yang berunsurkan anti-Islam membuatkan ramai warga dan penduduk Amerika Syarikat muak dengan propaganda yang cuba Trump hebahkan di serata dunia. Dalam kebencian itu, tanpa disedari bahawa Islam merupakan agama ketiga terbesar di Amerika.
Tidak terkecuali selebriti popular, atlit, pemuzik dan ikon ini. EH! senaraikan antara 10 selebriti popular antarabangsa yang beragama Islam.
Zayn Malik
Bekas ahli kumpulan One Direction ini merupakan seorang pemuzik yang beragama Islam. Disebabkan identiti agama Zayn, dirinya sering berdepan dengan konflik dan kritikan ramai. Namun, perkara itu tidak langsung menyekat dirinya dari terus berkarya dalam industri muzik antarabangsa.
Shaquille O’Neal
Pemain bola keranjang yang pernah bermain untuk enam pasukan sepanjang 19 tahun kariernya di NBA sebenarnya beragama Islam. Sememangnya Shaq jarang menyatakan pada umum yang dirinya beragama Islam, tetapi menerusi sebuah interviu pada tahun 2010, Shaq pernah memaklumkan yang dia mahu menunaikan haji di Mekah.
Ice Cube
Rapper terkenal Amerika Syarikat ini memeluk Islam pada tahun 90-an. Dia pernah menyatakan dalam satu kenyataan “Saya gelar diri sebagai seorang yang beragama Islam natural, kerana ia adalah antara saya dan Tuhan.”
Mike Tyson
Bekas juara dunia dalam sukan tinju, Mike Tyson juga adalah seorang warga Amerika yang beragama Islam. Pada tahun 2013, Tyson berkata menerusi saluran Fox, “Saya sangat bersyukur kerana beragama Islam. Allah tidak perlukan saya, tetapi saya memerlukan Allah.” Menerusi interviunya bersama Howard Stern pada tahun 2014 pula, Tyson membidas akan kenyataan Islam adalah ekstremis. “Saya sangat-sangat terkejut. Agama tidak jahat. Manusia yang membuatkan agama itu tampak jahat.”
Akon
enyanyi R&B popular ini juga seorang yang beragama Islam. Akon atau nama penuhnya Aliaume Damala Badara Akon Thiam dilahirkan di dalam keluarga yang beragama Islam. “Saya dilahirkan sebagai seorang beragama Islam. Seringkali saya mendengar akan pendebatan tentang Islam dan muzik. Saya tidak pernah memandang pada aspek persembahan muzik tersebut, tetapi melalui niat. Jika anda lihat pada solat lima waktu setiap hari dalam Islam, kita solat setelah mendengar laungan azan yang juga mempunyai melodinya sendiri. Jadi, tiada siapa boleh kata pada saya yang muzik itu adalah haram,” kata Akon kepada sebuah surat khabar di Abu Dhabi pada tahun lalu apabila bercakap tentang karier dan kehidupannya.
Busta Rhymes
Artis hip-hop Amerika ini adalah seorang yang beragama Islam. Pada tahun 2007 menerusi sebuah interviu bersama Hollywood TV, Rhymes berkata,”Saya cuba untuk fahami segala aspek tentang apa yang paling berkuasa. Bagi saya, Allah yang paling berkuasa. Dan saya hidup berlandaskan ajaran Islam.”
French Montana
Montana merupakan seorang rapper yang beragama Islam. Di dalam sebuah interviu sebelum ini, Montana pernah menyebut yang mana dirinya berpuasa ketika bulan Ramadan.
Aasif Mandvi
Aktor India-Amerika ini terkenal dengan lakonan komedi. Madvi juga terkenal dengan peranannya dalam Senior Muslim Correspondent menerusi The Daily Show.
Janet Jackson
Penyanyi terkenal Amerika ini memasuki agama Islam pada tahun lalu setelah berkahwin dengan suaminya, Wissam al Mana. Abangnya, Jermaine Jackson juga beragama Islam.
Iman Abdulmajid
Walaupun dia terkenal sebagai seorang supermodel, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa Iman seorang yang beragama Islam. Balu kepada mendiang David Bowie ini dilahirkan di Somalia dan nama penuhnya adalah Iman Mohamed Abdulmajid.
The post 10 Personaliti Terkenal Amerika Syarikat Beragama Islam appeared first on EH!.

0 comments :
Post a Comment