Tips Mekap Untuk Si Hitam Manis

Siapa kata kulit gelap tidak perlukan solekan. Jika  bijak bermain dengan warna dan ketahui tipsnya, pasti wajah kelihatan lebih manis dan berseri. JELITA kongsikan dengan anda beberapa tips solekan yang sesuai untuk si hitam manis.

Asas Solekan 

Pilih rona foundation  yang tidak terlalu kontra dengan rona kulit anda. Gunakan  foundation bertekstur  cecair kerana ia dapat membantu kulit tampak lebih sekata dan lebih natural.

Pemerah Pipi 

Untuk pemerah pipi, pemilihan rona-rona seperti coral, rose, deep orange, soft peach sesuai untuk dioleskan pada siang hari kerana ia akan menjadikan wajah anda lebih cerah. Manakala, rona bronze atau plum boleh di aplikasi pada malam hari bagi menonjolkan rahang pipi anda. Ratakan dengan lembut pada tulang pipi.

Pembayang Mata

Riasan wajah seakan tidak lengkap jika tidak mengenakan pembayang mata. Untuk si hitam manis, warna-warna natural seperti coklat, merah bata, grey, silver, bronze dan gold adalah lebih sesuai. Elakkan dari warna-warna yang terang dan putih kerana ianya kontra dengan kulit anda. Oh ya, jangan lupa calitkan penggaris mata dan maskara dengan rona- rona seperti coklat gelap dan hitam sebagai bingkai di bahagian atas dan juga bawah mata. Mata kelihatan lebih galak, dan bundar.

close up of makeup brush and eyeshadow

 

 

 

 

Lipstik 

Akhir sekali, sudahkan riasan wajah dengan olesan sempurna pada bibir mungil anda. Elakkan dari menggunakan warna-warna yang pucat kerana ia buatkan wajah anda kelihatan kusam dan tidak berseri.  Rona-rona  seperti copper, bronze, merah tua, ungu dan juga burgundy adalah lebih sesuai untuk anda.  Jika inginkan bibir yang lebih menonjol dan terbentuk jangan lupa sapukan  pengilat bibir sebagai kemasan akhir.

 

The post Tips Mekap Untuk Si Hitam Manis appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment