TINDIK HIDUNG, NUR FATHIA DIKECAM HEBAT?

fathia-tindik-hidungPelakon cantik Nur fathia menerima padah gara-gara memuat naik gambar hidung bertindik apabila dikecam netizen tempatan. Foto berkenaan dimuat naik menerusi Instagram miliknya.

Meskipun telah menyatakan kapsyen berbunyi #fakepiercing (palsu), ternyata pengguna laman sosial masih bertikam lidah dan memberikan komen yang berbaur negatif kepada pelakon ini. Salah seorang daripada pelayar laman sosial yang dikenali sebagai zaharmil mempersoalkan status Fathia sama ada India atau Islam.

Tindik-Hidung-Fathia-Latiff-Dikritik-Hebat

“Awk nie India ke Islam cucuk hidung,” soalnya.

“Pakai tudung apa barang bertindik hidung macam lembu,” tulis @yukri_ari.

Komen-komen yang dilontarkan kepada gambar tersebut telah mencetuskan ‘peperangan’ dalam kalangan pengguna media sosial sesama mereka.

Sesetengah daripada mereka menyebelahi dan memahami perbuatan aktres itu sebagai gurauan manakala sebelah pihak lagi memandang serius perkara tersebut sehinggakan melibatkan soal hukum-hakam dan agama.

Bagitulah lumrah seorang selebriti atau artis, baik ataupun buruk sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Setiap tindak-tanduk yang dilakukan, ada sahaja pihak yang mempersoalkannya meskipun ‘penjelasan’ telah diberi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment