Kening cantik dan kemas. Siapa tak mahu, kan? Kening merupakan salah satu bahagian penting dalam riasan wajah. Jika kemasan kening tidak kemas dan serabut, ia akan mencacatkan penampilan keseluruhan wajah. Dulu, ramai yang kurang menitikberatkan solekan untuk kening. Cukup sekadar bedak dan gincu, nah sudah siap untuk mereka!
Kini, semakin ramai yang peka dan inginkan solekan yang sempurna bukan hanya bergantung pada bedak dan gincu sahaja. JELITA kongsikan beberapa tips dan trik bagaimana dapatkan solekan kening yang kemas dan natural.
- Kenal pasti bentuk kening anda terlebih dahulu. Ada yang berbentuk serong, natural, tipis, tebal dan sebagainya. Jika anda tahu jenis bentuk kening anda, mudah buat anda untuk membentuknya.
- Gunakan berus kening (eyebrow brush) untuk merapikan bulu kening.
- Lukiskan garisan pada bahagian bawah kening menggunakan pensel kening berona coklat. Jangan tekan terlalu kuat untuk melukis garisan di bawah itu, sebaliknya lukis dengan perlahan-lahan dan lembut. Jika tidak , kening akan kelihatan tidak natural.
- Kemudian lukiskan juga garisan kening pada bahagian atas. Gunakan pensel kening berwarna coklat. Pastikan garisan tersebut bertemu di bahagian hujung.
- Seterusnya, warnakan dengan layangkan pensel kening atau berus menggunakan pembayang mata berona coklat gelap di dalam kawasan yang telah bergaris itu.
- Ratakan keseluruhan bahagian kening sehingga ke hujung kening dengan lembut.
- Lakukan perkara sama pada bahagian sebelah lagi. Pastikan kedua-dua kening dilukis dengan bentuk yang sama.
- Sapukan dengan berhati-hati bahagian hujung kening bagi mengelakkan ia tampil tebal. Kita hanya memerlukan hujung yang tajam bagi memberikan hasil yang cantik.
- Gunakan berus kening yang hujungnya sedikit senget (slanted) bagi merapi dan mengemaskan kening.
The post Teknik Lukis Kening Sempurna appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment