Simptom & Rawatan Penyakit Batuk Kering

Batuk kering disebabkan oleh jangkitan kuman ‘tubercle bacilli’ yang disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman aktif batuk.

Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai ‘pulmonary tuberculosis’. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari padanya maut.

Tanda-tanda batuk kering:

  • Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Hilang selera makan atau turun berat badan
  • Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
  • Mudah letih dan lemah

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas, anda perlu mendapatkan ujian kahak di klinik atau hospital serta melakukan ujian x-ray. Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
 
Sekiranya tidak dikesan, virusnya boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Rawatan
Penghidap batuk kering boleh sembuh dengan menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course) yang diiktiraf oleh Organisasi Kesihatan Dunia yang bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.

  • Rawatan perlu diambil selama enam bulan.
  • Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan.
  • Rawatan harian untuk dua bulan pertama diikuti dua kali seminggu selama empat bulan.
  • Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit boleh sembuh

Pencegahan
Terdapat beberapa cara pencegahan Batuk Kering iaitu:

  • Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering yang diberikan sewaktu bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
  • Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama dua minggu atau lebih.
  • Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
  • Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana dapat membunuh bakteria di udara.
  • Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
  • Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

The post Simptom & Rawatan Penyakit Batuk Kering appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment