Pelakon kacak, Saharul Ridzwan kesal apabila kad jemputan perkahwinannya tersebar di laman sosial baru-baru ini. Menurut kad jemputan tersebut, Saharul bakal berkahwin dengan wanita bernama Qaabila Deena Amir pada 16 September depan.
Mengikut perancangan, Saharul, 27 akan bernikah pada sebelah pagi dan majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di sebuah lokasi di Putrajaya. Sebelum ini Saharul telah membuat pengumuman akan berkahwin pada tahun ini namun tidak mendedahkan identiti bakal isterinya juga tarikh perkahwinan tersebut. Menerusi kenyataannya di BH Online, Saharul akan turut membuat majlis untuk peminatnya. “Soal siapa bakal isteri saya itu biarlah saya dedahkan pada hari nikah nanti… Itu janji saya sebelum ini. “Persiapan kahwin juga sudah pada peringkat akhir.
Dalam pada itu Saharul berkata dia akan membuat sebuah sidang akhbar dalam masa terdekat ini untuk berkongsi hari bahagianya itu. Tambah Saharul dia tidak berniat untuk menyembunyikan cerita perkahwinannya tetapi mahu pihak media menerima berita tersebut secara serentak.
Bercerita mengenai kad jemputan yang tersebar itu, Saharul mengakui terkilan namun percaya ada hikmah disebalik kejadian itu. “Kalau boleh, saya nak kahwin macam orang biasa. Kawan saya yang dah kahwin pun sudah ada dua tiga anak,” katanya. Penyebaran kad jemputan perkahwinannya di laman sosial sedikit sebanyak menjejaskan perancangannya, Saharul bagaimanapun reda dengan apa yang berlaku. “Kahwin adalah ibadat. Jadi apa yang dirancang termasuk bertemu media akan diteruskan,” ujarnya. Saharul dijangka mengadakan sidang media Isnin ini, 8 Ogos dan majlis perkahwinannya nanti akan diadakan secara ringkas dan tertutup.
Foto: http://ift.tt/2b03QYP
The post Saharul Ridzwan Terkilan Kad Kahwin Tersebar appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment