Anda ingat lagi tak beberapa minggu lepas kami ada berkongsi satu kes mengenai lori babi usung rokok seludup? Jika anda baca dan hadam betul-betul artikel tersebut ternyata rokok seludup mendatangkan banyak keburukan. Ya, kami faham rokok seludup tu lagi murah tapi pernahkah anda terfikir akibat daripada merokok rokok ‘haram’ tu?
Artikel Berkaitan: Anda Akan Fikir 2 Kali Jika Ingin Beli Rokok Murah Lepas Ni.. Ini Punca & Sebabnya.. Seram Beb!
Kenapa anda tak nak boikot aktiviti penyeludupan haram ni sedangkan dulu ada beberapa kes melibatkan satu produk coklat popular Malaysia yang kononnya ada penggunaan babi dalam bahan coklat tersebut? Kenapa anda boleh boikot satu makanan segera terkenal dunia bila tersebarnya sos mayonis yang digunakan haram? Sama macam kes seludup rokok guna lori babi ni. Walaupun perokok sedia maklum tentang kes ni tapi mereka masih tak serik. Anda tak rasa geli ke?
Bahan kimia beracun lebih tinggi
Tahukah anda bahawa campuran bahan seperti debu dan habuk simen yang digunakan dalam pembuatan rokok seludup ini boleh menyebabkan kematian? Ia oleh kerana bahan-bahan itu beracun. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Datuk Dr Ahmad Shukri.
Biasanya di dalam rokok seludup, bahan kimia beracun adalah lebih tinggi daripada paras dibenarkan. Ia bertambah teruk apabila bercampur dengan debu simen kerana turut berisiko menyebabkan penyakit lain.
Ada juga kemungkinan penghisap akan terdedah kepada penyakit lain yang bukan disebabkan tembakau.
(Sekadar gambar hiasan)
Katanya lagi, bahan seperti habuk dan debu simen juga boleh menambah risiko pneumoconiosis (sakit paru-paru) yang boleh menyebabkan kanser serta sakit lelah. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan tisu paru-paru menjadi keras dalam tempoh singkat, batuk darah, menjejaskan pusingan darah, mengakibatkan ulser serta menganggu sistem pernafasan perokok.
Debu simen ini berbahaya sebab boleh menyebabkan batuk darah, menjejaskan pusingan darah dan menyebabkan ulser apabila debu memasuki sistem penghadaman.
Banyak lagi kesannya seperti mengganggu sistem pernafasan, malah pengguna rokok seludup seperti ini boleh terdedah kepada penyakit lain bukan disebabkan tembakau antaranya ekzema iaitu penyakit kulit yang menyebabkan kemerah-merahan, gatal, kering, merekah, melecet, menggelupas, luka dan kadangkala kulit menjadi melecur.
Menurut analisis yang dibuat pihak berkuasa sebelum ini, kandunagn kimia beracun di dalam rokok haram seperti arsenik, kadmium, tar dan nikotin lebih tinggi daripada sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Jijik & Melampau
(Sekadar gambar hiasan)
Pasti ramai dikalangan anda masih ingat dengan kes lori babi usung rokok seludup baru-baru ni. Ramai pengguna, peruncit yang menjual rokok menganggap perbuatan itu sudah melampaui batas serta tidak menjaga sensitiviti masyarakat di negara ini. Apa yang mereka fikir hanya lah untung.
Perkara ini telah mendapat perhatian oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Noorul Hassan Saul Hamid yang turut berkata sindiket penyeludupan rokok haram sudah tidak boleh dipandang ringan dan harus dikenakan hukuman setimpal.
Parah. Mereka (sindiket) sudah sampai kemuncak melampau untuk menjalankan perniagaan. Sebelum ini kita tahu mereka gunakan pengangkutan yang orang tidak syak seperti lori membawa barangan, ais atau sayur, namun penggunaan lori babi sangat tidak beretika.
Sebaik-baik perokok yang menghisap rokok seludup, berhenti sajalah sebab ini sudah membabitkan faktor agama dan kebersihan.
Ahli kita lebih 3,000 orang pun serik dan takut dengan perkara sebegini sekiranya terjual barangan tercemar dengan najis binatang itu.
Hukuman penjara patut dikenakan
(Sekadar gambar hiasan)
Selain itu Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi berang dengan kegiatan melampau sindiket dan berpendapat tauke besar sindiket patutnya termasuk dalam senarai dikendaki. Tambahnya, hukuman penjara adalah ‘pengajaran’ terbaik buat penjenayah ini kerana mereka tidak menjaga sensiviti majoriti masyarakat Islam di negara ini.
Saya percaya masyarakat bukan Islam juga pasti tidak tergamak untuk bersetuju dengan kegiatan seumpamanya walau apapun alasan.
Memang rokok seludup yang murah tetap dicari perokok tegar, tetapi sehingga ini sudah melampau hingga mengguna lori babi.
Masa depan penjual rokok seludup boleh binasa jika ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Selain itu tidak tergamak membayangkan ada yang sanggup hisap rokok yang diusung dengan lori babi, badan juga binasa kerana kandungan kimia rokok itu lebih tinggi.
Sumber: Harian Metro
The post Rokok Haram Bawa Padah- Presiden PERDIM Dedah Bahan Rokok Seludup Yang Boleh Bawa Maut appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment