Hampir 67 tahun sejak tahun 1940-an syarikat ayam goreng paling popular di dunia, KFC menyimpan rahsia resepi ayam gorengnya. Namun baru-baru ini sebuah akhbar antarabangsa mendedahkan resipi dan cara menyediakannya yang menggunakan campuran pelbagai herba.
Akhbar tersebut berjaya mendapatkan resipi asli tersebut daripada anak saudara Colonel Sanders. Lelaki tersebut menjumpainya di dalam simpanan isteri kedua kepada pengasas KFC tersebut. Ini adalah resipi dan penyediaan ayam goreng paling popular dan anda boleh mencubanya di rumah.
Masa memasak: 30 minit
Masa perapan: 20-30 minit
Masa menggoreng: 15-18 minit
Bahan-bahan:
2 cawan tepung
2/3 sudu garam
1/2 sudu daun thyme kering
1/2 sudu daun basil kering
1/3 sudu herba marjoram
1 sudu garam celery
1 sudu lada hitam kasar
1 sudu mustard
4 sudu serbuk lada
2 sudu garam bawang putih
1 sudu halia tumbuk
3 sudu lada putih
1 cawan krim rendah
1 biji telur ayam yang dipukul
Ketulan ayam
Minyak canola
Cara penyediaan:
1. Campur kesemua 11 jenis herba bersama tepung di dalam mangkuk.
2. Ambil satu lagi mangkuk dan pukul telur bersama krim rendah lemak. Perap ketulan ayam dalam campuran ini selama 20-30 minit.
3. Kemudian selepas diperap, keluarkan ayam dan biarkan hingga campuran telur dan krim rendah lemak kering dan tidak menitis. Gaul ketulan ayam tadi di dalam tepung yang telah digaul dengan 11 jenis herba tadi. Pastikan campuran tadi meliputi keseluruhan isi ketulan ayam. Kemudian letak ketulan ayam tadi di atas dulang selama 20 minit.
4. Tuang minyak canola ke dalam kuali sehingga boleh menenggelamkan ketulan ayam. ( Teknik deep fry ). Goreng ayam sehingga bertukar warna perang keemasan lebih kurang 15-18 minit dan terbalikkan setiap sisi. Ayam goreng ala KFC siap untuk dimakan.
Sumber: Brightside.me
Foto: 123rf.com
The post Resipi Sebenar Ayam Goreng KFC Terbongkar appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment