Pastikan Anak Selamat Di Dapur

Dapur antara ruang yang paling diminati kanak-kanak. Disebabkan itu, ibu bapa perlu memastikan ruang ini sentiasa selamat untuk mereka. Pastikan susun atur dapur mampu memudahkan mereka bergerak dan setiap ibu bapa perlu menyediakan alatan dapur yang tidak membahayakan anak.

Happy Child Playing on Floor

Perkakasan selamat

Sebaik-baiknya, bekas yang digunakan untuk memasak hendaklah diperbuat daripada bahan lengai yang tidak mudah menggelupas, sumbing, retak, meruap, terhakis dan tidak mengumpul bakteria. Malah, peralatan ini juga hendaklah berupaya menjadi pengalir haba yang baik bagi membolehkan makanan dimasak dengan sempurna selain daripada mudah untuk dibersihkan. Peralatan seperti senduk dan sudip pula perlu diperbuat daripada bahan yang tidak mengalirkan haba supaya boleh dipegang sewaktu memasak.

Peralatan elektrik

Perkakas elektrik seperti ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, pengisar, periuk nasi dan sebagainya perlu diletakkan di tempat sesuai. Tanggalkan daripada palam elektrik jika tidak digunakan. Berhati-hati jika anak ingin membantu anda mengeluarkan makanan yang sudah dimasak dari ketuhar gelombang mikro. Gunakan sarung tangan dengan sempurna bagi mengelakkan tangan si manja melecur.

Tempat menyimpan

Pastikan ruang dapur anda mempunyai tempat untuk menyimpan semua peralatan yang merbahaya jika anda mempunyai anak berusia di antara empat hingga tujuh tahun. Disebabkan mereka sangat suka menyelongkar kabinet, pastikan setiap daun pintu dan laci dipasang engsel tahan hentakan atau hempasan bagi mengelakkan jari mereka tersepit. Simpan semua makanan kering di tingkat atas kabinet. Begitu juga dengan semua gelas berkaki, pinggan dan teko kaca.

New White Dishes and Bowls in Kitchen Cabinet

Pemilihan lantai

Lantai licin beh menyebabkan anak mudah tergelincir hingga menyebabkan kecederaan. Disebabkan itu, anda perlu memastikan anda memilih jenis lantai yang selamat untuk mereka berjalan mahupun berlari. Elak menggunakan jubin lantai jenis licin yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

ISS_10777_00002

Pilih kemasan lantai daripada jubin berpermukaan kesat atau bertekstur. Jika ada tumpahan minyak atau air, lap dengan segera. Jika berlaku tumpahan air yang tidak disengajakan kemasan lantai yang kesat tidak menjadi terlalu licin berbanding jubin biasa.

Kabinet dapur

Anak gemar memanjat atau bersandar pada kabinet dapur. Disebabkan itu, anda perlu memilih kabinet yang diperbuat daripada bahan kayu berpermukaan licin atau berkilat bagi mengelakkan lengan atau kaki mereka tercedera. Bagi mengelakkan anak terhantuk, pastikan setiap bucu kabinet dibentuk bundar.

The post Pastikan Anak Selamat Di Dapur appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment