Mandi Air Panas Atau Air Sejuk?

Badan terasa lemah dan tidak bertenaga? Berpeluh dan bau kurang menyenangkan? Terapi yang paling baik untuk kembali menyegarkan badan adalah dengan mandi. Terasa segar dan nyaman sekali tatkala titisan air membasahi anggota badan kita. Namun, tahukah anda apakah kebaikan jika anda mandi menggunakan air sejuk atau  panas?

Mandi Air Sejuk

  1. Meningkatkan sistem imunisasi – Air sejuk yang menyirami tubuh dapat meningkatkan penghasilan sel darah yang berupaya melindungi diri daripada terkena jangkitan penyakit seperti demam, selsema dan batuk.
  2. Memberikan kesegaran – Dapat memberi permulaan yang baik pada waktu pagi. Air sejuk cenderung untuk merangsang saraf dan membantu menyingkirkan rasa malas dan lemah pada waktu pagi.
  3. Atasi masalah darah beku – Air sejuk dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan dan membuatkan badan lebih sihat dan bertenaga.
  4. Menurunkan berat badan – Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, disyorkan untuk mandi air sejuk kerana ia dapat merangsang penghasilan lemak untuk membakar timbunan lemak jahat yang tersembunyi.
  5. Menguatkan pernafasan – Sedarkah anda, ketika anda mula untuk mandi air sejuk, anda akan menarik nafas dengan dalam terlebih dahulu? Ia adalah  tindak balas agar badan anda mendapat oksigen yang mencukupi untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat kesejukan. Tindakan ini membantu menguatkan paru-paru dan meningkatkan kadar serapan oksigen badan  agar lebih segar bertenaga.

 

 

young beautiful woman with headache and a flu

 

 

Mandi Air Panas

  1. Membersihkan badan – Suhu yang panas berupaya untuk membunuh semua kuman dan bakteria yang mungkin terlekat pada badan anda selepas seharian bekerja dan terdedah kepada cahaya matahari.
  2. Membantu imsonia – Bagi mereka yang sukar untuk tidur, disarankan untuk mandi dengan air panas. Wap-wap air panas itu berupaya untuk memberikan efek kelegaan dan nyaman pada badan anda.
  3. Mengurangkan kadar kandungan gula – Satu kajian menunjukkan mandi air panas dapat mengurangkan kadar kandungan gula bagi pesakit kencing manis.
  4. Melegakan demam dan batuk – Air panas yang berwap berupaya untuk membersihkan saluran pernafasan agar hidung anda tidak tersumbat dan selsema.
  5. Meningkatkan fleksibiliti otot –  menyembuhkan sakit otot dan menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik.

Sama ada anda ingin mandi dengan menggunakan air sejuk ataupun panas, kedua-duanya terdapat kebaikannya yang tersendiri.

 

The post Mandi Air Panas Atau Air Sejuk? appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment