Lima Lokasi Terbiar Yang Buat Kamu Seram Sejuk!

Terdapat beribu destinasi di dunia ini yang telah ditinggalkan seterusnya terbiar tanpa penghuni selama berabad lamanya. Tempat-tempat sebegini yang dahulunya indah menjadi sunyi dan kelihatan suram dan seram untuk diterokai.

Sayangnya, ianya ditinggalkan dan dimamah alam semulajadi! Jelita senaraikan beberapa lokasi terbiar di seluruh dunia dan anda bayangkan jika tempat yang anda diami sekarang ini akan menjadi sesuram lokasi ini. Saksikan sendiri betapa indahnya lokasi dan peninggalan dunia ini walaupun anda mungkin tidak mahu menjejakinya.

abandoned places

Old Castle – Sintra, Portugal.

The Palace Of Sintra, terletak di daerah Sintra, Portugal. Ianya adalah kawasan kerabat diraja Portugal yang telah ditinggalkan dan tidak berpenghuni sejak abad ke-15. Tempat ini adalah tumpuan pelancong seluruh dunia dan adalah sebahagian daripada landskap kebudayaan Portugal.

abandoned places

The Crystal Mill – Colorado, Amerika Syarikat.

The Crystal Mill adalah tempat bersejarah yang juga dikenali sebagai The Sheep Mountain, lokasi yang paling banyak gambar dirakam di Colorado. Ianya dibina pada tahun 1892 dengan menggunakan 100% kayu jati dan kini disenaraikan sebagai lokasi sejarah. Menariknya, ianya tidak pernah mempunyai bekalan elektrik dan menggunakan kuasa kipas kincir air untuk menjana elektrik.

abandoned places

Taman Tema Terbiar – North Carolina, Amerika Syarikat.

The Land Of Oz adalah tapak tema hiburan terletak di kota Beech Mountain, North Carolina. Ianya mula dibuka pada tahun 1970 dan beroperasi sehingga seabad lamanya. Ditutup pada tahun 1980, pemilik taman hiburan ini meninggal dunia dan ianya terbiar selepas itu. Malah lebih buruk lagi beberapa harta awam disitu hilang dan dirosakkan.

abandoned places

Kapal Perang Terbiar – Fuerteventura, Canary Islands.

Foto ini diambil pada Julai 2004, ianya adal kapal perang milik Amerika Syarikat yang musnah dan ditinggalkan di Canary Islands. Dikenali sebagai ‘SS America’, ianya dibina pada tahun 1940 dan musnah tanpa sebab yang jelas pada tahun 1994. Kapal ini mempunyai panjang dan kelebaran sepanjang 220.14 meter.

abandoned places

Perkampungan Nelayan – Yangtze River, China.

Perkampungan nelayan ini dahulunya pernah didiami oleh lebih 2000 nelayan. Perkampungan ini terletak di salah satu daripada 400 pulau kecil di Pulau Shengsi, China. Ianya kemudian menjadi terbiar setelah penduduk disitu berpindah keluar sekitar tahun 1990 kerana mahukan kemajuan dari segi pendidikan dan atas alasan bekalan makanan.

Foto: Brightside.me

 

 

The post Lima Lokasi Terbiar Yang Buat Kamu Seram Sejuk! appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment