Wanita di usia melepasi 30 tahun adakalanya terlalu sibuk dengan kerjaya yang sedang memuncak. Sehingga anda lupa untuk berhias terutamanya menguruskan mahkota diri, rambut anda!
Bagaimana untuk kelihatan hebat menawan sesuai dengan kerjaya yang sedang anda kecapi sekarang? Jelita beri anda beberapa idea gaya rambut dan potongan yang sesuai untuk wanita berusia 30 tahun dan keatas.
1. The Soft Pixie
Gaya potongan rambut ini tak lapuk dek masa! Anda akan kelihatan lebih ceria dan segar serta mudah didekati. Tidak semestinya anda perlu kelihatan tua mengikut usia. Gaya pixie pasti membuatkan anda lebih menyerlah dan wajah akan kelihatan lebih muda!
2. Angled Bob
Gaya ini mudah untuk diuruskan terutamanya ketika anda sedang dalam kesuntukan masa di waktu pagi. Sisi sebelah kanan lebih panjang berbanding kiri sehingga ke paras dagu. Gaya ini kelihatan moden dan anggun. Jangan lupa oleskan serum di rambut anda untuk kelihatan lebih kemas.
3. Jambul Penuh
Gaya ini sesuai untuk anda yang sering berjaga malam kerana ianya boleh menutupi mata bengkak anda itu. Tapi jangan lupa dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya ya. Jambul penuh menutupi dahi juga membuatkan anda kelihatan muda daripada usia sebenar. Cubalah!
4. Panjang Bertingkat
Jika anda mempunyai rambut panjang mengurai, lakukan potongan bertingkat (layer cut) untuk rambut yang lebih dinamik. Pastikan anda kemaskan rambut dengan memotong hujung rambut yang bercabang. Lakukan rawatan rambut sebulan sekali untuk kelihatan lebih sihat. Gaya seperti ini lebih cantik jika anda hanya menggunakan jari untuk menyikatnya.
5. Kerinting Beralun
Jika anda mempunyai rambut kerinting tidak kira panjang atau pendek, potong dan kemaskan hujung rambut agar tidak kelihatan terlalu besar. Rambut kerinting sesuai digayakan untuk pelbagai bentuk wajah. Cuma anda perlu kerap lakukan rawatan dua kali seminggu menggunakan minak zaitun supaya rambut anda tidak kusut umpama berus dawai.
Foto: google.com
The post Lima Gaya Rambut Terbaik Untuk Wanita 30 Tahun Keatas appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment