Faktor persekitaran seperti pencemaran udara, perubahan cuaca, kurang tidur, keletihan dan stress mengubah penampilan kulit wajah anda. Hari berlalu, kulit wajah anda akan kelihatan kusam, kering, dan cepat tua dari waktunya.
Jenama kecantikan antarabangsa, Lancome telah mencipta solusi sempurna bagi mengekalkan keremajaan pada kulit wajah wanita yang bermasalah ini.
Lancome Energie De Vie, rangkaian produk penjagaan wajah yang di rumus istimewa dengan kehebatan alam semulajadi dan di sempurnakan dengan teknologi sains dan moden bagi mencipta wajah yang lebih segar, bertenaga dan sentiasa awet muda.
Rangkaian Lancome Energie De Vie terdiri daripada 3 langkah penjagaan wajah yang ringkas,mudah namun menawarkan efek yang berpanjangan.
- The Smoothing & Plumping Pearly Lotion RM200: Losen ini bertindak lembut pada permukaan kulit dan di perkaya dengan rumusan istimewa mutiara, buatkan kulit lebih bersinar dan halus.
- The Smoothing & Glow-Boosting Liquid Care RM 220: Sebagai agen pelembap dan mempunyai anti oksidan, membuatkan kulit lebih cerah berseri dan anjal.
- The Overnight Recovery Sleeping Mask RM220: Merawat kulit wajah pada waktu malam dengan teksturnya yang lembut agar kulit kekal lembap dan segar keesokan harinya.
Selain itu, terdapat dua lagi produk dari rangkaian ini yang bertindak khusus untuk melawan masalah kulit iaitu:
- Energie De Vie The Water –Infused Day Cream RM270: Produk pertama dari Lancome yang bersifat ‘watery’ dan menjadikan kulit lebih segar, dan bertenaga. Bertekstur lembut seakan baldu dan tidak melekit, ia terus meresap ke dalam kulit untuk kelembapan berpanjangan. Sesuai di gunakan selepas losen.
- Energie De Vie The Melt –In Sleeping Mask RM220: Berinspirasikan topeng wajah pada waktu malam, ia menawarkan kelembapan, dan kesegaran dengan hanya satu sapuan sahaja. Bersifat ‘watery’ ia juga memberikan efek sejuk dan nyaman pada kulit. Sapukan dengan lembut pada wajah dan gunakan 2 atau 3 kali dalam seminggu dengan lapisan yang tebal untuk kesan yang optimum.
The post Kulit Kekal Muda Dengan Lancome Energie De Vie appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment