“Kolaborasi bersama EH! X FashionValet ibarat satu batu lonjatan.”- Scha Alyahya

Oleh : Farhana Fuad

 

 

E-0029

 

EH! isu Ogos 2016 tampilkan dengan tiga orang selebriti tempatan iaitu Nabila Huda, Scha Alyahya dan Lisa Surihani bersama pengasas stpr online FashionValet Vivy Yusof sebagai penghias muka depan EH!

Isu kali ini agak lebih istimewa kerana ia merupakan kali pertama EH! tampil dengan koleksi fesyen sendiri hasil kolaborasi bersama stor online dan selebriti.  Ketika sesi penggambaran bersama tiga aktres tempatan yang popular ini, EH! sempat bertanya akan inspirasi helaian fesyen daripada Scha yang boleh kata punya identiti tersendiri dalam pilihan fesyennya.

“Selalunya Scha banyak melihat pada look book, majalah, laman web fesyen, Instagram dan apa sahaja medium yang berkaitan dengan fesyen lebih-lebih lagi yang sesuai dengan gaya hidup kita di Malaysia,” ujar Scha.

Tambahnya lagi, “Saya suka menyarung pakaian yang simple, very clean, very neat, itulah identiti saya. Jadi dari situ Scha gabungkan idea untuk hasilkan koleksi EH! X FashionValet ini.”

 

Kata ibu Lara Alana ini dia sangat gembira dan teruja apabila terpilih untuk menjadi sebahagian dari kolaborasi ini kerana baginya dalam ramai-ramai selebriti di Malaysia, dirinya yang terpilih bersama Nabila Huda dan Lisa Surihani.

 

E-0312

 

Sebelum ini, pelakon jelita ini pernah bekerjasama dengan FashionValet untuk satu himpunan fesyen sekitar dua tahun lalu dan kali ini dirinya bersyukur kerana diberi kepercaya sekali lagi untuk kolaborasi eksklusif ini.

Koleksi fesyen yang dihasilkan oleh Scha bakal mula dijual di Fashion Valet pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur Fashion Week yang dijadualkan berlangsung pada 21 Ogos 2016, jam lima petang.

 

 

 

The post “Kolaborasi bersama EH! X FashionValet ibarat satu batu lonjatan.”- Scha Alyahya appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment