Kayda Aziz dan Hunny Madu Cuba Bawa Nama Ke Amerika Syarikat

Gambar : Sumber Google

 

Hunny-Madu-X-Kayda

 

Kali ini, giliran Hunny Madu dan anak perempuan Datuk Sheila Majid, Kayda Aziz untuk mencuba melebarkan sayap ke negara membangun, Amerika Syarikat menerusi pasaran muzik di sana.

 

Kedua-dua penyanyi yang terkenal dengan genre hip-hop ini telah merakamkan sebuah lagu bergandingan bersama rapper negara barat tersebut, Radio3000.

 

Menurut laporan BH Online, Hunny dan Kayda merakam lagu dalam versi bahasa Inggeris itu secara berasingan untuk menghasilkan duet dengan rapper berkenaan.

 

Lagu yang berjudul Get Money ini didendangkan antara Hunny bersama Radio3000, manakala Your Call adalah duet Kayda bersama rapper terkenal itu.

 

1362288115_radio5

Gambar : Reverbnation.com

 

Hakikatnya, Hunny dan Kayda telah saling mengenali Radio3000 sejak tahun lalu serta mereka sempat masuk studio bersama. Katanya lagi yang rapper dari AS berkenaan seorang tidak kedekut berkongsi ilmu dan saling bekerjasama.

 

“Tidak sangka pula apabila pulang ke Amerika Syarikat beliau memperdengarkan kedua-dua hasil rakaman kepada temannya di sana. Ramai yang memberi cadangan meminta ia dipromosikan di negara itu. Sememangnya semua ini rezeki dan andai ada ruang dan peluang tentu kami tidak teragak-agak mahu mencuba nasib,” kata Hunny kepada BH Online.

 

Proses mempromosikan lagu duet terbaru mereka itu bakal bermula dalam masa dua bulan dari sekarang. Radio3000 sebelum ini turut pernah bekerjasama dalam penghasilan single penyanyi SonaOne dan H ROC yang juga di bawa oleh syarikat rakaman Warner Music.

 

 

The post Kayda Aziz dan Hunny Madu Cuba Bawa Nama Ke Amerika Syarikat appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment