Siapakah penggemar kasut plastik? Ini berita baik untuk anda! Jenama fesyen beg dan kasut plastik, Jelly Bunny tampil dengan koleksi terbaru yang diadaptasi dari cerita pengembaraan ke planet kecil, Jelly Planet.
Landskap pastel yang indah diadaptasikan dalam koleksi siang, manakala makhluk-makhluk begemerlapan penuh misteri mendominasi koleksi malam. Bayangkan sepasang kasut istimewa yang menghiasi setiap langkah anda dengan rekaan unik dihiasi Metalik, Velvet, Star dan Geometric yang terdapat dalam setiap koleksi unggul ini.
Padankan kasut kegemaran anda untuk setiap acara dan nikmati keindahannya. Antara gaya bergemerlapan, gaya ceria dan berwarna-warni, atau gaya parti glamor di malam hari, yang mana satu pilihan anda? Di sini, anda akan menemui koleksi versatil yang diidamkan oleh setiap gadis. Jumpa anda di cawangan berdekatan, jom mulakan pengembaraan hari ini!
Untuk pengetahuan anda, Jelly Bunny, produk mula bertapak di Bangkok, Thailand pada 2011 dan kini sering menjadi salah satu item pilihan rakyat Malaysia oleh kerana strukturnya yang lembut seakan jeli dan menepati cuaca iklim di Malaysia. Bukan sahaja lembut, bahkan jika anda singgah butik ini di mana-mana cawangan, anda akan melihat pelbagai warna-warna ceria yang sudah tentu membuatkan anda rambang mata. Butiknya juga mempunyai bauan yang harum seakan-akan bau makanan. Sungguh harum! Mungkin itu juga salah satu daya penarik juga. Butik pertamanya terletak di Suria Klcc. Selain kasut, Jelly Bunny juga turut menjual beg tangan, tas tangan sebagai pelengkap penggayaan.
Untuk produk utama iaitu kasut, antara rekaanya termasuk selipar, sandal galdiator sehinggalah ke kasut tumit tinggi yang boleh disuai padankan mengikut majlis dan acara. Tidak perlu risau kerana Jelly Bunny menyediakan saiz kasut mengikut kesemua peringkat usia dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Jadi kalau anda berminat untuk belikan sepasang kasut untuk anak anda boleh suai padankan bersama kasut bersaiz anda. Jadi bawa pulang item Jelly Bunny ini ke rumah dan alami pengalaman yang menakjubkan sepanjang hari ketika memakainya!
The post Jelly Bunny Tampil Keluaran Kasut Plastik Baru appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment