Gambar : TPGimages
Ramai yang menganggap selebriti lelaki Hollywood semuanya bertubuh tinggi lampai. Namun hakikatnya tidak semua yang bertubuh seperti yang kita sangkakan.
Tetapi apa salahnya jika lelaki bertubuh genit sekalipun, asalkan kejayaan yang mereka kecapi dalam kehidupan sudah cukup tinggi untuk masa depan. Jom lihat siapa selebriti popular antarabangsa yang mempunyai ketinggian yang lebih kurang sama dengan orang Asia.
Tom Cruise (170cm)
Boleh kata ramai yang beranggapan yang aktor kacak ini bertubuh tinggi, walhal dirinya hanya mempunyai ketinggian 170cm. Ia amat ketara apabila Tom berjalan di hamparan merah acara-acara rasmi bersama bekas-bekas isterinya seperti Nicole Kidman yang mempunyai tubuh yang tinggi 6 kaki. Katie Holmes pula dengan 178cm. Ada juga laporan yang menyatakan Tom sukakan wanita yang lebih tinggi dari dirinya.
Usher (170cm)
Hakikatnya, Usher hanya berketinggian 170cm sahaja. Penyanyi antarabangsa yang berduet dengan Yuna menerusi lagi hits mungkin tidak mempunyai kriteria jejaka tinggi di mata wanita, namun pencapaiannya di arena seni dunia sudah cukup tinggi. Secara keseluruhan setakat ini, Usher telah memenangi lapan trofi dalam Anugerah Grammy. 65 juta rekodnya telah berjaya dijual di seluruh dunia. Bahkan, Usher juga dinobatkan sebagai ‘The second most successful artist of 2000-2010’ dari Billboard. Jangan terkejut yang ketinggian Yuna juga melebihi Usher sebanyak 2 inci.
Elijah Wood (165cm)
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang membintangi filem blockbuster, Lord Of The Rings ini. Elijah membawa watak hobbit yang bernama Frodo Baggins. Sememangnya aktor ini sangat sesuai dengan watak orang kerdil ini.
Sumber : Cosmopolitan.my
The post Hollywood Yang Nampak Tinggi Tapi Hakikatnya Rendah appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment