Jika anda perhatikan, banyak jenama solekan terkenal berlumba-lumba melancarkan gincu terbaru dengan pelbagai pilihan warna yang menarik. Jelita sendiri rambang mata melihatnya, dan teruja kerana kebanyakannya sudah ada malah bakal dilancarkan pada musim Luruh (hujung Ogos, awal September) ini.
Siapa tidak sukakan gincu merah? Atas sebab itu, Shiseido telah melancarkan gincu Rouge Rouge yang didatangkan dengan 16 rona merah yang menggiurkan. Kenapa perlu pilih satu? Dapatkan kesemuanya!
Terbaru dalam himpunan gincu menawan Dior, Dior Rouge paling sesuai untuk anda yang sukakan kelainan. Ia memberikan satu sentuhan couture kepada gaya anda keseluruhannya. Gunakan dengan penggaris bibir Dior Contour sebelum mengoles Dior Rouge pada bibir untuk hasil sapuan yang bersatin cantik.
Sejenis ‘kesalahan’ yang anda tidak kisah untuk lakukan adalah memiliki sebanyak mungkin gincu. Urban Decay baru-baru ini melancarkan 100 warna memikat yang didatangkan dengan enam pilihan tekstur dan hasil berbeza. Gincu ini bakal dijual di pasaran mulai hujung Ogos. Hanya RM70 untuk gincu dan RM78 untuk pensel bibir. Sungguh menarik!
Make Up For Ever pula baru mengongsikan rangkaian terbaru gincu Artist Rouge yang didatangkan bukan saja dalam rona merah malahan yang ‘seberani’ biru mahupun ungu! Bakal berada di pasaran pertengahan September nanti. Boleh simpan duit untuk beli satu buat koleksi peribadi.
The post Gincu Terbaru Mewarnai Musim Baru appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment