Fakta Buah-Buahan Yang Buat Anda Berkerut Dahi

Hai penggemar buahan-buahan semua. Kali ini Jelita berikan fakta menarik tentang pelbagai buah-buahan yang mungkin anda belum pernah tahu. Malah ada beberapa fakta ringkas ini juga boleh buatkan anda berkerut dahi memikirkannya. Jangan risau, ianya tidak menganggu kesihatan anda!

Setiap buahan mengandungi nutrisi dan kebaikan tersendiri. Apatah lagi buah-buahan adalah disarankan oleh doktor dalam diet harin kita. Jom baca fakta menarik tentang buahan yang anda pernah makan ini.

fruit facts

  • Di Amerika Syarikat, buah epal yang dijual di pasaran boleh disimpan dan dimakan sehingga setahun lamanya. Kebanyakan epal di sana telah dipasturkan dan tarikh luputnya boleh mencecah setahun.

fruit facts

  • Strawberi bukanlah dalam kategori ‘Beri’ tetapi pisang dan nenas sebenarnya tergolong dalam kategori ‘Beri’.

fruit facts

  • Buah anggur akan meletup jika anda memanaskannnya di dalam ketuhar gelombang, tidak seperti buahan lain.

fruit facts

  • Buah oren sebenarnya mengandungi kandungan vitamin C paling sedikit berbanding strawberi, kiwi, tomato, brokoli dan betik!

fruit facts

  • Buah paling popular dan paling banyak digunakan di seluruh dunia adalah buah tomato.

fruit facts

  • Makan atau minum buah limau gedang (grapefruit) selepas makan sebarang ubat boleh membawa kematian. Berhati-hati tau.

fruit facts

  • Jepun merupakan satu-satunya negara yang menanam buah tembikai berbentuk empat segi secara komersial untuk memudahkannya disusun di pasar raya.

fruit facts

  • Pelekat yang ditampal di buah seperti epal, pisang dan oren sebenarnya boleh dimakan dan tidak berbahaya. Jadi jangan risau jika si kecil termakan pelekat tersebut ketika mengigit epal.

Foto: 123rf.com/google.com

The post Fakta Buah-Buahan Yang Buat Anda Berkerut Dahi appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment