EH! x FashionValet

Kuala Lumpur, Ogos 2016 – Buat pertama kalinya dalam sejarah, sebuah majalah, stor beli-belah online dan tiga selebriti bekerjasama untuk satu kolaborasi fesyen istimewa. Lisa Surihani, Nabila Huda, Scha Alyahya bersama FashionValet dan EH!, majalah Urban No 1, menggabungkan variasi ilham untuk himpunan EH!xFashionValet.“Tiga selebriti berbeza personaliti menjadi pilihan. Rekaan Lisa mengetengahkan gaya cukup feminin, Nabila Huda menonjolkan karakter edgy ala bohemian yang sememangnya menjadi kesukaannya dan Scha pula memercikkan elemen maskulin dalam himpunan minimalisnya”, ujar Khairul Abidin, Editor majalah EH!. Walaupun ketiga-tiga selebriti memiliki gaya dan pesona lain, mereka penggemar fesyen dan mempunyai kehadiran kukuh dalam industri hiburan. Setiap koleksi selebriti memiliki penampilan berbeza dan membawa antara tujuh hingga sepuluh helai setiap seorang.

E-0279

“FashionValet sudah berkolaborasi dengan ramai designers, tapi belum pernah kami bekerjasama dengan mana-mana majalah. Dan lebih istimewa kali ini dengan bukan seorang, bukan dua tapi tiga selebriti sekaligus. Saya patut berterima kasih kepada EH! kerana memilih FashionValet untuk kerjasama ini”, kata Vivy Yusof, pengasas bersama FashionValet.

 

Pertunjukan fesyen koleksi ini akan dipamerkan buat kali pertama di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2016(KLFWRTW) pada 21 Ogos 2016, dan koleksi ini akan dijual secara eksklusif di laman web Fashion Valet iaitu (http://ift.tt/1nR3Ie7) selepas pertunjukan fesyen tersebut. Nantikan pengumuman dari kami kerana anda berpeluang  untuk menangi helaian eksklusif dari koleksi EH! x FashionValet serta pas eksklusif ke pertunjukan fesyen EH! x FashionValet di KLFW!

 

Baca temubual eksklusif bersama Vivy, Lisa, Nabila dan Scha di EH! Edisi Ogos.

E-0312

The post EH! x FashionValet appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment