Dwayne Johnson ‘The Rock’ Pelakon Paling Kaya Di Dunia

Bekas pengusti popular The Rock, atau Dwayne Johnson dinamakan sebagai selebriti Hollywood atau pelakon lelaki meraih pendapatan paling tinggi, 20 juta dolar lebih banyak berbanding pendapatan pelakon wanita paling kaya, Jennifer Lawrence.

highest paid actor

Dwayne Johnson berada di tangga pertama carta malajah Forbes dengan pendapatan 64.5 juta dolar berbanding 48.8 juta dolar tahun lalu. Pendapatannya meningkat mendadak berikutan bayaran yang diterima untuk filem aksi fenomena, ‘the Fast and Furious’ menewaskan rakannya, pelakon Robert Downey Jr, yang pernah mendominasi carta bayaran tertinggi tiga tahun berturut-turut. Tahun ini, Robert sekadar di tangga ke lapan dengan pendapatan 33 juta dolar.

highest paid actress

Dalam pada itu, bayaran pelakon lelaki di Hollywood menerima kritikan penggiat filem dan media selepas melebihi bayaran pelakon wanita. Ianya seperti diskriminasi jantina dalam industri filem apabila bayaran yang diberikan tidak setanding dan terlalu jauh berbeza di antara pelakon  lelaki dan wanita. Malah 18 pelakon lelaki meraih bayaran 20 juta dolar termasuk bintang asia, Jackie Chan, yang berada di belakang Dwayne dengan pendapatan 61 juta dolar.

Manakala Matt Damon, Tom Cruise dan Johnny Depp masing-masing berada di dalam lima teratas. Jennifer Lawrence jika diikutkan hanya berada di tangga ke enam untuk keseluruhan senarai pelakon Hollywood di belakang pelakon lelaki Ben Affleck dan Vin Diesel. Dalam pada itu, dua pelakon Asia dari Bollywood iaitu Shah Rukh Khan (33 juta dolar) dan Akshay Kumar (31.5 juta dolar) berada dalam senarai 10 teratas.

highest paid actor

Awal tahun lalu, Dwayne yang suatu ketika dahulu bergelut dengan masalah kewangan di zaman remajanya membidas kenyataan Jennifer yang berjuang menentang diskriminasi bayaran di Hollywood. Menurut Dwayne, apa yang perlu Jennifer lakukan adalah bekerja lebih keras. Namun Jennifer tidak memberikan sebarang respon apatah lagi pelakon cantik itu tidak mempunyai akaun sosial media.

Foto: Instagram.com

 

The post Dwayne Johnson ‘The Rock’ Pelakon Paling Kaya Di Dunia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment