Di Sebalik Nama Datuk Radzuan Radziwill

Siapa pernah dengar nama pereka fesyen, Datuk Radzuan Radziwill? Mungkin namanya kurang popular dek kerana tidak dihebohkan namun bagi sesiapa yang sangat arif dalam mengikuti dunia fesyen, Datuk Radzuan Radziwill atau nama sebenarnya Radzuan Radzi, bukanlah calang-calang pereka fesyen. Dia merupakan pereka fesyen bertaraf lima bintang dan menjadi pilihan kerabat di raja, VVIP dan golongan elit.

Namanya mula dikenali apabila dia berjaya menghasilkan busana pengantin dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden dengan reka bentuk tersendiri. Berasal dari Kuala Kangsar, Perak, dia pernah memenangi Anugerah Benang Emas dari majalah Jelita pada tahun 1994. Wow sungguh mengkagumkan!

 

Penerima Darjah Panglima Mahkota Wilayah ini memulakan kariernya sejak 20 tahun lalu, dia merupakan graduan Universiti Teknologi Mara pada tahun 1989 dalam jurusan Fesyen dan Rekaan. Dia seterusnya mendapat Ijazah Sarjana di Universiti Bunka di Tokyo. Menerima darjah kebesaran bergelar datuk yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Sambutan Hari Wilayah sekitar tahun 2011, membuktikan bahawa kerjaya sebagai pereka fesyen juga boleh berjaya dan dihargai pemimpin negara. Jadi buat pereka-pereka fesyen tanah air, teruskan berusaha menjulang nama baik industri fesyen dan mungkin suatu hari nanti kita dengar beberapa lagi pereka fesyen dianugerahkan pangkat datuk dek jasa yang diberi.

 

Hasil rekaannya turut menerima beberapa anugerah seperti Piala Sri Endon (2005), Tokoh Jarum Berlian (2005) sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur dan Pereka Fesyen Terbaik Malaysian Internasional Fashion Week (MIFW) 2010.

Tidak lokek berkongsi rahsia kejayaan, Datuk Radzuan Radziwill sentiasa dahagakan ilmu fesyen dan bersungguh-sungguh dalam setiap kerjanya. Tidak lupa untuk bersikap rendah diri dan bersederhana sama ada dalam kehidupan, perniagaan dan kerjaya. Dia juga penah mengimpikan dapat mengembangkan empayarnya dan melahirkan seberapa banyak pereka fesyen muda di bawah akademi fesyen miliknya.

Jelita ucapkan selamat maju jaya buat datuk dan teruskan berinspirasi serta berkarya dalam industri fesyen agar menjadi contoh buat pereka feseyen muda masa kini.

Foto: google.com

The post Di Sebalik Nama Datuk Radzuan Radziwill appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment