Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menafikan dakwaan yang lagu Aidilfitri terbarunya berjudul Hari Kemenangan menciplak lagu nyanyian kumpulan nasyid popular Rabbani, juga mempunyai judul yang hampir sama – Kemenangan.
Menurut BH Online, Datuk Siti bagaimanapun menyerahkan isu terbabit kepada pencipta lagu tersebut, Datuk Suhaimi atau Pak Ngah untuk mengelakkan sebarang salah faham. Menurut Siti, isu tersebut terjadi selepas menerima beberapa komen daripada peminatnya di laman Youtube. Kebanyakannya bersetuju apabila lagu tersebut mempunyai melodi yang seakan sama dengan lagu Kemenangan oleh rabbai yang dilancarkan dua tahun lepas.
Siti berkata dia terkesan apabila membaca salah satu komen yang berbunyi – ‘Siti ambil lagu orang dan Pak Ngah tidak ada idea’, lantas dia menghubungi Pak Ngah dan ternyata ianya adalah salah faham dan mungkin satu kebetulan. Menurut Pak Ngah, dia pernah mengajukan beberapa buah lagu ciptaannya kepada Rabbani namun tiada satu pun yang dipilih. Tambah Siti dia menyerahkan perkara ini kepada kedua belah pihak. ‘Rasanya, biarlah perkara ini diselesaikan antara kedua-dua pihak. Setakat yang saya tahu, Rabbani tidak komersialkan lagu Kemenangan di dalam album, sebaliknya hanya di YouTube dan program siaran Hari Raya, baru-baru ini,’ katanya.
Lagu Kemenangan – Rabbani, yang dikatakan diciplak oleh Pak Ngah.
Siti berharap isu ini tidak diperbesarkan memandangkan dia menghormati dan mengagumi kumpulan nasyid tersebut. Tambah Siti, dia juga pernah mengalami pengalaman yang sama dimana isu menciplak tercetus selepas lagunya berjudul ‘Wanita’ dilancarkan beberapa tahun dulu. Selepas ianya dipasarkan, tidak lama kemudian muncul penyanyi dari Indonesia yang memasarkan lagu dan melodi yang hampir sama. Dalam perkembangan lain Siti dalam perancangan menghasilkan album ke-17 yang bakal diterbitkan Aubrey Suwito.
Foto: instagram.com/ctdk
The post Datuk Siti Nurhaliza Nafi Ciplak Lagu Artis Lain appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment