Cara Simpan Makanan Dengan Betul

Sebelum menyimpan bahan makanan di dalam peti sejuk, pastikan anda membalutnya terlebih dahulu bagi memastikan bahan tidak cepat rosak dan tahan lama. Jangan sesekali biarkan bahan anda terdedah. Cara terbaik untuk menyimpannya adalah di tempat sejuk beku. Berikut adalah tip yang perlu anda ikut bagi memastikan bahan makanan kekal segar dan enak untuk dinikmati.

refrigerator with products

Daging

Simpan daging menggunakan bekas pembalut asal bagi memastikannya kekal segar. Tetapi jika anda merancang untuk menyimpannya lebih dari dua minggu, balut sekali lagi daging itu menggunakan pembalut sejuk beku atau masukkannya ke dalam beg sejuk beku. Daging kurang lemak mampu di simpan lebih lama berbanding daging berlemak.

Fresh Meat Purchase

Roti

Roti akan menjadi keras jika dibiarkan terdedah dan disimpan terlalu lama. Anda boleh mengelakkan perkara ini terjadi dengan menyimpannya di dalam beg sejuk beku kedap udara. Pastikan roti betul-betul sejuk sebelum disimpan bagi mengelakkan udara terkumpul di dalamnya. Selain untuk mengelakkan terjadinya kristal ais yang mampu merosakkan tekstur roti itu.

Hot Cross Buns

Buah

Sebelum menyimpan, anda perlu memotong dan membuang biji buah terlebih dahulu. Kemudian masukkannya ke dalam bekas plastik atau kaca atau beg plastik sebelum dibekukan. Cara ini mampu mengekalkan kelazatannya namun, buah akan menjadi sedikit lembut. Selain boleh dimakan begitu sahaja, anda boleh menikmatinya bersama ais krim atau dadih.

Kertas pembalut aluminium atau plastik

Kedua-dua bahan kertas pembalut ini sering menjadi pilihan anda. Namun, ada di antara kita masih tidak tahu menggunakannya dengan betul.

Pembalut aluminium

Kertas ini sesuai untuk membalut bahan makanan yang berbau. Pastikan anda membalutnya dengan kemas supaya bau yang kurang menyenangkan itu tidak mencemari makanan lain. Jangan sesekali menggunakannya untuk memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro dan membalut bahan makanan yang berasid seperti tomato serta beri. Ini mampu memberi kesan buruk kepada tubuh badan anda.

 

aluminium foil roll isolated

Pembalut plastik

Sesuai digunakan untuk membalut bahan berasid, sandwic serta bahan memasak yang telah dipotong. Malah, plastik juga sesuai digunakan untuk memerap daging, ayam atau ikan sebelum dipanggang.

 

The post Cara Simpan Makanan Dengan Betul appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment