Cara Buat Suami Ikut Cakap Anda

Untuk buat suami ikut cakap anda, tidak perlu pun hingga mengupah bomoh atau menggunakan minyak pengasih. Berdasarkan kajian, anda hanya perlukan sikap yang baik dan tahu cara untuk menggunakannya tanpa nampak seperti ‘menjerat.’

 

Jelita Suami Ikut Cakap

INGImage/Click Photos

 

Membebel, mengarah, meninggikan suara, merajuk tanpa si dia tahu punca dan sebabnya sudah terbukti tidak akan membuat suami lebih faham atau mahu menuruti kehendak anda. Tetapi satu cara yang jelas dan tidak memerlukan usaha yang mencanak tinggi adalah dengan… berbudi bicara.

Ya, puan-puan, maksud budi bicara ini bukanlah anda meredhai atau tidak peduli lagi apa dia mahu buat. Budi bicara ini hadir dengan kata-kata manis yang anda ungkapkan kepadanya.

Kita hidup dalam dunia maskulin hinggakan wanita juga mahu tunjuk yang dia ‘berkuasa’ dengan lebih maskulin. Namun, berbudi bicara, bercakap lembut dan mengungkapkannya dengan selembut bicara adalah kunci kepada kelemahan lelaki.

Contoh; Anda mahu meminta tolong suami mencuci pinggan selepas makan malam. Kalau ikut cara biasa, memang lebih mudah untuk melenting dan membebel kerana anda yang kena fikir menu masak, membuat persiapan memasak pada masa sama, memastikan si kecil tak masuk dapur untuk menggodek barangan. Cuba kata-kata ini: “Sayang, boleh tolong saya cucikan pinggan?” dengan lenggok nada penuh manja. Pasti si dia yang selama ini terasa anda akan meninggikan suara, memberi impak kepada emosinya dan bingkas membantu anda.

Objektif utama seorang suami adalah untuk menggembirakan isterinya, itu adalah sasaran yang tidak diungkap. Dan dengan menggembirakan anda, si dia tahu dia tidak akan ditimpa masalah. Bila anda meminta dengan budi bicara dan tutur kata yang baik, suami tidak akan teragak-agak untuk ikut cakap dan membantu anda dalam kerja rumah.

Menariknya, budi bicara ini tidaklah boleh datang dengan memetik jari. Bila suami berbudi bicara dengan baik pada anda, ingat! Anda perlu membalas dengan budi bicara yang baik juga, dan kitaran ini boleh diteruskan selagi kedua-dua anda dan pasangan teruskan bersikap sedemikian.

 

The post Cara Buat Suami Ikut Cakap Anda appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment