Bedak asas kusyen adalah revolusi dan menjadi fenomena di dalam industri kecantikan baru– baru ini. Ianya adalah bedak asas jenis cecair yang ringan, dan sempurna melitupi kulit, namun apabila ia hadir dengan reka bentuk yang lebih menarik dan inovatif, pencinta solekan seakan obses dengannya.
Fakta Menarik Mengenai Bedak Asas Kusyen
- Revolusi yang berasal daripada negara Korea.
- Mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit dan berminyak. Jelas sekali, ia mendapat inspirasi hasil dari solekan ala Korean yang mana, tidak memerlukan penggunaan bedak asas yang tebal dan berat pada kulit. Kemasan wajah akan kelihatan lebih mulus dan sekata.
- Praktikal – Mudah dibawa ini kerana cecair bedak asas berada di dalam bekas kompak dan anda tidak lagi perlu membawa botol yang berat di dalam tas tangan anda. Jika mahu touch up, hanya perlu aplikasi dengan nipis pada wajah yang sudah di rias solekan tadi.
- Aplikasi yang sangat mudah – cecair bedak asas itu berada di dalam kusyen dalam bekas dan di atasnya terdapat span yang lembut. Untuk menggunakannya, hanya tekan span tersebut dan cecair bedak asas itu akan keluar dengan daripada kusyen itu. Ini lebih mudah untuk anda mengawal jumlah kuantiti bedak asas yang ingin diaplikasi pada wajah.
- Ia juga sudah dirumus dengan kandungan SPF, iaitu pelindung tabir suria. Ia seperti 2 dalam 1, melindungi daripada bahaya tabir suria dan melitupi permukaan wajah agar kelihatan lebih mulus, licin serta menghasilkan efek solekan yang segar.
The post Bedak Asas Kusyen, Trend Baru Dunia Kecantikan! appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment