Akim Ahmad Dan Stacy Bakal Timang Cahayamata

Pasangan popular dan romantis Akim Ahmad dan Stacy bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Akim, 25 menerusi kapsyen di Instagramnya mengumumkan kehamilan Stacy atau nama islamnya Ummu Shaikhah, 26 semalam.

akim stacy

Berita gembira itu dikongsi kepada umum di hari ulangtahun kelahiran ke-26 Stacy yang disambut bersama anak angkat mereka, Bella.

Selamat ulang tahun kepada isteriku yang tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya. Semoga di hari ulang tahun isteriku ini anak dalam kandungan baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin… Terima kasih Allah untuk anugerah terindah di dunia ini.

akim stacy

Akim dan Stacy yang yang merupakan bekas pelajar program realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia mula mengenali ketika sama-sama menjayakan persembahan bersama. Mereka kemudian mendirikan rumahtangga pada 5 Februari lalu dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam perkembangan lain, Stacy turut melancarkan single terbaharu berjudul Bila-Bila ciptaan komposer Edry Abdul Halim sempena hari jadinya. Stacy berkata, dia memilih untuk melancarkan produk terkini bagi mengekalkan momentun single Romeo ciptaan suaminya sendiri, Akim Ahmad. Stacy sebelum ini memang cukup sinonim dengan lagu ciptaan KRU seperti lagu Pakai Buang, Kisah Dongeng dan Jahat. Sementara itu, Akim bersama kumpulannya Akim & The Majistret bakal beraksi di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas pada 20 Februari tahun hadapan.

Foto: http://ift.tt/2b7WU8z

 

The post Akim Ahmad Dan Stacy Bakal Timang Cahayamata appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment