Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Shutterstock
Boleh kata ia amatlah memalukan apabila anda cuba untuk memberikan senyuman manis kepada sahabat atau teman tetapi mendapat reaksi yang pelik atau awkward dari mereka. Semuanya dek kerana noda gincu yang terpalit di atas permukaan gigi.
Jadi, apa yang ramai harapkan adalah tidak lagi menghadapi situasi janggal sebegini apabila keluar bersama teman atau rakan. EH! kongsikan trik yang boleh anda cuba untuk elak gincu dari terkena pada permukaan gigi supaya anda boleh berkomunikasi dan senyum dengan lebih confident!
Tisu
Meskipun ia trik yang agak klise, tapi ternyata ia berkesan. Letakkan sehelai tisu di antara permukaan bibir atas dan bawah. Kemam perlahan-lahan dan fokus pada bahagian dalam bibir. Ia akan menghilangkan lebihan kesan gincu dan ini mengelakkan rona gincu terkena pada permukaan gigi.
Jari telunjuk
Mungkin ini salah satu cara yang pelik untuk menghilangkan lebihan rona gincu, tetapi ia sememangnya berkesan. Letakkan jari telunjuk anda ke dalam mulut dan tarik keluar perlahan-lahan, dan pada masa yang sama kemam bibir anda. Anda akan terkejut berapa banyak gincu yang melekat pada bahagian dalam bibir.
Guna berus bibir
Ini bermakna anda boleh mengawal berapa banyak amaun gincu yang anda oleskan pada bibir. Dengan cara ini, permukaan dalam bibir tidak akan penuh dengan lebihan gincu.
Guna straw
Percaya atau tidak, sewaktu kita minum ia boleh menyebabkan rona gincu jatuh pada gigi. Elakkan masalah gincu melekat pada gigi dengan menggunakan straw kala menikmati minuman.
Jangan gigit bibir
Menggigit bibir hanya akan menyebabkan rona gincu comot dan melekat pada gigi. Jadi, hentikan tabiat menggigit bibir serta-merta walaupun anda fikir ia seksi.
Pilih gincu matte
Jarang kita lihat rona gincu matte melekat pada gigi kerana ia tidak mempunyai efek glossy dan smudgy.
Pastikan periksa selalu
Rajinkan diri untuk memeriksa diri di hadapan cermin terutama sekali pada bahagian gigi kerana ia jadi tumpuan utama kala berkomunikasi. Takut-takut ada comotan gincu pada gigi.
The post 7 Trik Elak Gincu Dari Terkena Gigi appeared first on EH!.

0 comments :
Post a Comment