7 Lagu Patriotik Yang Menaikkan Semangat Anda

Selamat meyambut hari kemerdekaan ke-59 buat semua pembaca Jelita. Sempena dengan hari kebangsaan Jelita mahu semarakkan lagi semangat anda sebagai anak Malaysia dengan himpunan lagu-lagu patriotik bertemakan kenegaraan. Bila anda dengar dan hayati lagu-lagu ini, mesti akan menaikan lagi semangat dan jati diri sebagai anak jati Malaysia.

1. Tanggal 31 – Sudirman Haji Arshad

Allahyarham Sudirman memang terkenal dengan lirik lagu yang bertemakan kemasyarakatan. Lagu ini seperti sudah menjadi lagu wajib di bulan kemerdekaan.

2. Warisan – Sudirman Haji Arshad

Lagu ini sungguh menyentuh jiwa setiap orang yang mendengarnya. Ianya berkisar tentang luahan rasa cinta dan bangga seorang anak Malaysia yang begitu menyintai negaranya.

3. Saya Anak Malaysia – Dr Sam

Lagu ini telah beberapa kali dirakamkan semula dengan nafas baru. Lagu asal nyanyian Dr Sam ataupun nama penuhnya Salim Ibrahim begitu sinonim dengan kanak-kanak kerana lagu-lagu patriotiknya yang popular.

4. Bahtera Merdeka – Aishah

Lagu penuh penghayatan nyanyian Aishah ini merupakan antara lagu wajib ketika sambutan kemerdekaan. Malah lagu ini juga menjadi pilihan di kebanyakkan pertandingan nyanyian sempena hari kebangsaan.

5. Setia 

Lagu ini telah dirakamkan dan popualr sekitar awal tahun 90-an. Ianya cukup sinonim dengan saluran RTM dan sering diputarkan ketika sambutan hari kebangsaan.

6. Sejahtera Malaysia 

Jelita yakin kebanyakan daripada anda hafal lirik dan melodi lagu ini. Lagu yang bertemakan perpaduan ini menyuntik semangat satu Malaysia di kalangan kita dan kerap kali menjadi lagu yang dirakamkan semula di Youtube.

7. Inilah Barisan Kita

Lagu ini seringkali dikaitkan dengan pejuang negara dan badan beruniform seperti askar dan polis. Malah liriknya berkisarkan perjuangan di medan pertempuran demi melindungi keamanan negara tercinta.

Video: Youtube.com

The post 7 Lagu Patriotik Yang Menaikkan Semangat Anda appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment