Bercuti di pantai memang sesuatu yang menyeronokkan. Meskipun pelbagai kelengkapan seperti losyen pelindung sinaran UV, pakaian berenang sudah didapati, tapi jangan lupa selitkan 5 item ini untuk anda kelihatan bergaya di pantai nanti.
- Topi
Kebiasaanya cuaca di pantai agak panas dan kering. Untuk tampil bergaya gunakan topi seperti ini. Selain melindungi wajah anda dengan saiz yang agak besar, topi ini memberi gaya yang penuh moden dan elegan.
2. Cermin mata
Ini merupakan item yang paling wajib untuk anda yang ingin bercuti di pantai. Beri sedikit kelainan pada diri anda dengan memilih cermin mata yang mempunyai reka bentuk yang unik tapi masih mengekalkan kesesuaian bentuk muka. Baru lah bergaya!
3. Tuala
Meskipun ada sudah dibekalkan tuala sekiranya anda memilih hotel dan chalet sebagai tempat penginapan, jangan lupa bawa tuala sendiri. Ini kerana, kebiasaanya anda akan banyak menghabiskan masa di pantai dan pihak penginapan anda mungkin tidak membenarkan anda membawa tuala hotel atau chalet ke pantai. Jadi bawa tuala anda dari rumah dan pastikan tuala itu tuala yang paling cantik sekali yang anda pernah ada.
4. Kardigen pantai
Kalau nak tampak bergaya di pantai, jangan lupa pakai kardigen yang cantik-cantik ketika berada di pantai. Kebiasaanya, kardigen seperti ini berkonsepkan ala Bohemian dan floral. Jadi kalau anda gemarkan tema bunga-bungaan cuba dapatkan kardigen seperti ini dengan cetakan bunga di atasnya. Manakala yang suka dengan tema ala Bohemian, pilih kardigen yang mempunyai juntaian bulu- bulu benang yang dijahit pada hujung baju. Sungguh cantik!
5.
Selipar getah ini juga adalah item wajib untuk ke pantai. Sudah pasti aktiviti seperti berjalan di tepi pantai dan bersantai ada dalam sebahagian aktiviti yang anda ingin buat. Jadi selipar getah seperti ini memberi keselesaan untuk kaki anda ketika berjalan atas pasir. Di pusat beli belah, pelbagai jenama yang menjual selipar seperti ini. Pilih corak yang berwarna terang yang sudah pasti memberikan anda mood ceria sepanjang percutian.
The post 5 Item Bergaya Ketika Bercuti Di Pantai appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment