Rahsia kekal sihat luar dalam bukan hanya bergantung kepada pemakanan sahaja. Ia melibatkan pelbagai aspek yang membantu anda untuk kekal positif dan sihat.
- Rambut panjang cenderung lemah terutama pada pangkalnya. Cuba berekperimentasi dengan mengubah kepada potongan rambut lebih pendek, lebih senang diurus.
- Jika berhasrat mewarnakan rambut, pastikan anda tidak menggunakan lebih daripada tiga jenis warna berlainan. Bahan kimia dalam pewarna mampu merosakkan rambut.
- Duduk pada posisi betul memberikan bentuk badan menarik dan gambaran anda seorang yang berkeyakinan dan bertenaga.
- Senyum dan ketawa adalah senaman dalaman yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan sekaligus membuatkan anda tampak awet muda dan berseri sentiasa.
- Pengambilan minuman beralkohol, teh dan kopi menyebabkan anda kerap buang air. Amalan ini menyebabkan kulit jadi kering, mempercepatkan garis penuaan dan menjadikan kulit kuning. Jadi kurangkan kopi kepada hanya dua cawan sehari.
- Mendengar irama muzik selama setengah jam sehari mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh bagi melawan jangkitan dan membantu anda untuk lebih relaks.
- Rajinkan diri untuk bermain teka-teki, susun silang kata atau sebarang permainan yang memerlukan kepandaian serta melatih otak. Ini dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
- Bersandarlah dan pejamkan mata perlahan-lahan. Tenangkan fikiran seketika selama beberapa minit. Anda akan mendapati tekanan yang dialami berkurangan.
- Catat emosi atau tulis catatan ringkas mengenai apa yang anda lalui pada hari itu. Curahan isi hati seperti ini melegakan kesedihan akibat sesuatu peristiwa yang tidak anda ingini.
- Luangkan masa emas dengan menikmati pertunjukan seni seperti menonton wayang atau sekadar menghadiri konsert artis kegemaran. Bersuka ria dapat meningkatkan sistem kekebalan dan meredakan rasa sakit.
- Pastikan kulit tidak terdedah kepada kepanasan melampau secara berterusan mengelak risiko terkena kanser kulit.
- Segera berlindung daripada pancaran matahari di tempat teduh. Penggunaan payung dan topi tidak banyak membantu kerana pantulan cahaya masih boleh menembusi permukaannya.
- Amalkan menyapu krim pelindung tabir suria setiap kali melakukan aktiviti luar rumah seperti berkelah dan bersukan.
- Banyak minum air jika kulit terasa tegang akibat terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari.
The post 14 Rahsia Kekal Sihat Anda Mesti Tahu appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment