Yuna Teruk Dikritik Selepas Aksi Peluk Usher

Penyanyi Yuna sekali lagi menjadi trending di laman sosial semalam selepas videonya memeluk penyanyi Usher di atas pentas ketika melakukan persembahan secara lansung di The Roots Picnic, Philadelphia, Amerika Syarikat beberapa bulan lalu.

yuna-beat-opener-bb11-2016-billboard-650-a

Video dan gambar tersebut mendapat perhatian ramai selepas dimuatnaik oleh sebuah blog tempatan. Rata-rata golongan netizen membidas tindakan Yuna kerana memeluk usher apatah lagi Yuna adalah wanita melayu yang membawakan imej berhijab.

Marah dengan tindakan pihak bertanggungjawab yang menyebarkan gambar tersebut, Yuna tampil memberi penjelasan yang dia menceburi industri muzik bukan untuk memuaskan hati sesiapa dan meraih populariti daripada isu-isu yang tidak membina ini.

Yuna bagaimanapun tidak mempertahankan tindakannya memeluk Usher ataupun membangkitkan isu tersebut sebaliknya tidak putus memberikan ucapan terima kasih kepada peminat-peminat setianya yang sentiasa menyokong dan tidak menghakiminya secara membuta tuli.

Yuna kelihatan cuba mengelak untuk berpelukan di awal kemunculannya di pentas namun Usher mendekati Yuna untuk memeluknya yang anda boleh saksikan di minit ke 05:00.

Beberapa penyokong Yuna berpendapat kejadian itu tidak disengajakan dan Yuna tidak mahu memalukan Usher apatah lagi apabila rapper terkenal itu yang mula memberikan pelukan. Yuna turut terkilan apabila blogger tempatan yang mula memanaskan isu tersebut. Dia juga mempertikaikan etika dan sikap segelintir penulis hiburan dan blogger yang mahu meraih keuntungan dan trafik pembaca yang tinggi dengan mensensasikan perkara seperti ini.

Dalam pada itu, Yuna turut berterima kasih kepada pihak media yang lain kerana sentiasa menyokong dan membantu menaikkan karier nyanyiannya dengan cerita-cerita yang lebih positif. Sebelum ini Yuna sering dibidas golongan netizen apabila menukar gaya tudung litupnya kepada gaya turban. Malah mereka juga beranggapan yang Yuna sudah mula lupa diri kerana telah menetap di Los Angeles. Satu lagi isu sebelum ini, apabila Yuna turut dilaporkan mengikuti ajaran iluminati apabila gambarnya di dalam portal Billboard.com menyaksikannya beraksi seolah-olah membentuk imej kelopak mata yang besar.

yuna-shoot-beat-2016-billboard-620

Sesi fotografi bersama Billboard yang kononnya menyaksikan Yuna bergaya membentuk seolha-olah imej kelopak mata seperti lambang Iluminati.

Apa-apapun, Jelita berharap Yuna tabah menghadapi dugaan ini kerana adakalanya teguran yang diberi oleh peminat bermakna mereka sayangkan penyanyi kegemaran mereka. Jelita mengucapkan selamat maju jaya buat Yuna dan teruskan perjuangan anda dalam industry seni.

Foto & Video : Billboard.com  / Youtube.com 

The post Yuna Teruk Dikritik Selepas Aksi Peluk Usher appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment