Warna Dinding Rumah Paling Ideal

Warna dinding rumah antara kunci utama menaikkan seri tata rias kediaman anda. Tidak lengkap rasanya jika tiada paduan akrab dengan warna yang dekat dengan jiwa dan karakter.

warna dinding rumah

Cuba cat semula dan berikan warna sesuai pada sudut yang anda sekeluarga banyak luangkan masa bersama. Gantikan warna biru atau hijau yang biasa menghiasi ruang selama ini dengan spektrum warna hangat seperti coral, ochre dan midnight yang memberi rasa lebih misteri dan intim. Trend ini (diperkenalkan dalam AkzoNobel’s Colour Futures 2016) boleh anda jadikan sebagai inspirasi dalam usaha kejutan transformasi terhadap kediaman. Pasti dapat melakarkan senyuman bahagia di bibir si ibu!

WARISAN DAN MASA DEPAN

Emas menjadi warna pelengkap trend 2016 yang menzahirkan tradisi dan suntikan moden penuh inovasi. Serlahkan kreativiti dengan berani mencuba padanan tradisional dan moden, selain bermain dengan warna. Trend gabungan dua dunia ini diterjemahkan ke dalam penggunaan lembut rona merah yang mencerminkan kekayaan warisan dan pada masa sama diselitkan juga rasa kontemporari terang yang membayangkan masa depan. Cuba masukkan dua rona daripada Tata rias dua dunia terungkap indah dengan gabungan antik dan moden. palet warna yang sama. Selitkan juga penggunaan perabot kayu antik dan bantal menarik bagi kombinasi warisan dan masa depan ini bagi mewujudkan kontras halus pada dekorasi sedia ada.

GELAP DAN TERANG
Trend ini pula menjulang keraian waktu malam yang menggabungkan rona waktu subuh dan senja dengan menikmati keindahan serta misteri malam. Jika ibu anda meminati warna gelap dan suka bereksperimentasi dengan gaya unik, trend ini adalah terbaik untuknya. Jangan takut untuk menggunakan warna gelap kerana kajian membuktikan ia bukan saja membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih baik, tetapi juga untuk berehat dan mengumpulkan semula tenaga tubuh tanpa gangguan cahaya. Olahan ini menggambarkan ilham pada dekorasi lukisan dinding, di samping peluang untuk meneroka palet warna tambahan. Apa yang perlu dititikberatkan adalah memastikan semua warna digunakan tergolong dalam kelompok warna sama yang menjadi kunci kepada kediaman yang ‘hidup.’ Sebagai contoh, jika anda memilih warna biru gelap pada hiasan dinding, gunakan pula warna biru lembut pada kusyen dan aksesori. Selain itu, jangan takut untuk menggunakan warna kelabu dan perang pada tata rias ciri ini.

SERLAHAN KONTRAS
Selitkan sedikit unsur corak dan tekstur pada ruang bagi memberikan kesan ‘kedalaman’ padanya. Pilih
fabrik berbeza rona dan corak yang lebih menangkap pandangan pada keseluruhan kawasan. Kunci utama dalam memadankan corak adalah dengan menggunakan padanan warna yang hampir sama dan corak sama saiz. Perincian corak mampu memberikan karakter dan kontras kepada ruang yang tampil penuh dengan satu warna. Sedikit kontras menyerlahkan aura ruang monotone. Sebagai contoh, pilihan warna pada dinding berlainan menaikkan lagi seri ruang dan penambahan bingkai gambar menjadikannya lebih ‘hidup.’

Foto: 123rf.com

The post Warna Dinding Rumah Paling Ideal appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment