Ulang Tahun Sephora Yang Ke-Lima!

Sephora, rangkaian runcit kecantikan, kini memasuki usia lima tahun dengan lebih hebat, kerana terus-menerus menawarkan jenama kecantikan terkenal di dunia ke satu lokasi atau taman mainan kecantikan di seluruh negara.

jelita sephora malaysia ulang tahun ke-lima

Sempena ulang tahun ke-lima jenama ini sejak ia mula diperkenalkan di Malaysia pada 2011, Sephora memulakan keraian dengan tawaran hebat di dalam kedainya sebelum sambutan besar-besaran hujung bulan ini.

“Sejak kami melancarkan kedai flagship pertama di Starhill Gallery pada 2011, kami kini mempunyai 16 kedai di lima negeri dan terbaru, kami telah melancarkan platform dalam talian, Sephora.my.

Sephora sentiasa menjadi pengubah permainan dalam landskap kecantikan tempatan dan kami akan terus membawa lebih banyak tawaran eksklusif kepada peminat dunia kecantikan seluruh negara, hanya di Sephora,” kata Cindy Lee, Pengurus Negara Sephora Malaysia.

Sempena ulang tahun ke-lima ini, Sephora akan menganjurkan parti hari lahir, Beauty Night Out di KL Live pada 29 Julai di mana duo pop Amerika, Karmin akan membuat kemunculan khas pada acara itu.

Pelanggan termasuk ahli  Black Card dan White Card akan memperoleh peluang untuk mendapatkan tawaran mingguan sepanjang bulan ini di kedai Sephora seluruh negara sehingga 31 Julai.

Sephora kini mempunyai 16 rangkaian kedai di Malaysia termasuk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Baru, Ipoh dan Malaysia Timur.

The post Ulang Tahun Sephora Yang Ke-Lima! appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment