Ha! Korang nak tahu tak U Mobile Sdn Bhd, telco yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, kini muncul sebagai syarikat pertama dalam industri yang menyediakan khidmat WiFi Calling kepada para pelanggannya! Wow!
Anda boleh membuat dan menerima panggilan suara menerusi WiFi peribadi dan awam. Perkhidmatan ini juga membuatkan setiap stesen WiFi di seluruh dunia akan menjadi menara rangkaian U Mobile.
Selain itu, korang juga boleh buat panggilan WiFi ke nombor mudah alih dan juga talian tetap dan boleh juga buat panggilan IDD dengan U Mobile WiFi Calling ni. Fuyoooo!
Apa yang special pasal WiFi Calling ni? Ha, untuk yang kaki travel tu korang tak akan dikenakan caj perantauan bagi setiap panggilan yang dibuat so setiap kali korang buat panggilan nombor dari Malaysia, korang akan di caj mengikut caj Malaysia. Wow!
Apa lagi korang tunggu? Aktifkan lah fungsi WiFi ditelefon pintar masing-masing untuk menikmati benefit Wifi Calling ni.
Pelanggan U Mobile yang mengguna model iPhone 5C, 5S, SE, 6, 6 Plus, 6s dan 6s Plus, korang semua dah boleh start guna.
Selain iPhone users, WiFi Calling juga akan ditawarkan kepada Android users bermula pada 30 Jun tidak lama lagi! Yay!
Untuk maklumat lanjut sila layari http://ift.tt/2a7vQ9q.
The post U Mobile Lancarkan WiFi Calling Pertama Di Malaysia. Biar Betul! appeared first on OHBULAN!.

0 comments :
Post a Comment