Tip Persiapkan Anak Untuk Peperiksaan

Sudah masuk separuh kedua 2016, maka peperiksaan juga bakal menjelma tidak kira untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Tingkatan 3 (PT3) mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

jelita tip hadapi peperiksaan

Sebagai ibu bapa, terutama yang pertama kali berdepan dengan anak yang masuk tahun peperiksaan, pasti rasa gusar memikirkan persiapan agar anak dapat meraih keputusan yang cemerlang.

Bezanya peperiksaan tahun-tahun penting ini dengan ujian bulanan biasa, ia menentukan tahap dan sekolah atau kemasukan universiti anak ke peringkat seterusnya. Apatah lagi bagi ibu bapa yang ada anak berdepan dengan UPSR, ada yang gusar dengan sistem baru sama ada sudah mampu memahiri soalan atau sebaliknya.

Sebaik saja UPSR bermula, maka menyusul pula PT3 dan SPM sehingga penghujung tahun. Justeru, Jelita sediakan senarai semak sebagai panduan anda sekeluarga dalam menghadapi detik penting ini.

  1. Berikan Semangat dan Positiviti

Setiap tutur, kata dan perbuatan anda boleh memberi impak kepada emosi dan mental anak anda yang bakal menduduki peperiksaan. Semudahnya anda mahu memberi tekanan kepada anak hingga terkeluar kata-kata kesat seperti “Kenapa tak belajar? Nak jadi bodoh?”. Elakkan apa saja yang berkaitan negatif, tetapi berikan kata-kata semangat seperti “Ibu yakin Julia mesti boleh jawab dengan baik.” Apa saja markah yang dibawa pulang walaupun tidak mencapai gred A, katakan tahniah kepadanya dan galakkannya untuk cuba supaya lebih baik lagi.

2. Ajak Solat Berjemaah

Amalkan solat berjemaah dengan anak-anak untuk mencipta suasana dan hubungan lebih mesra. Kerana setiap doa yang diaminkan sejurus selepas solat dan dilakukan secara berjemaah tentu lebih berkat dan mendapat perhatian Allah. Malah, anak-anak berdepan peperiksaan akan berasa lebih tenang.

3. Sediakan Makanan Berkhasiat

Air tangan ibu pastinya yang terbaik tetapi jika anda tidak sempat untuk memasak dek kerana sibuk dengan kerja, pastikan menu hidangan di rumah adalah jenis berkhasiat, lengkap dengan nutrisi selain buah-buahan dan sayuran. Anda juga boleh pastikan anak minum susu suam sebelum tidur supaya dia mendapat lena yang nyenyak sepanjang malam.

4. Jadual Seisi Keluarga Jadi Lebih Disiplin

Jika anak anda perlu masuk tidur seawal 9 malam, anda dan suami juga perlu pastikan seisi keluarga masuk tidur pada waktu yang sama. Jadikannya satu tabiat yang sihat bersama-sama, bangun awal untuk solat Subuh berjemaah bagi memulakan hari dengan lebih cemerlang.

5. Sentiasa Ambil Tahu

Jangan harapkan anak untuk sampaikan segala berita terkini daripada sekolah. Sebagai ibu bapa zaman teknologi, anda boleh berhubung terus dengan guru kelas atau pengetua untuk ketahui sebarang makluman terkini mengenai peperiksaan atau program sekolah. Jadi peserta aktif dalam kumpulan WhatsApp kelas anak-anak supaya anda dan anak tidak ketinggalan sebarang informasi penting.

Foto INGIMage/Click Photo

The post Tip Persiapkan Anak Untuk Peperiksaan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment