Tip Mudah Jaga Gigi Bagi Cantik

Perkara pertama yang orang akan nampak bila bertemu anda adalah senyuman dan gigi anda. Disebabkan itu selebriti terkenal tidak mungkin mahu bertemu orang jika senyumannya tidak disempurnakan dengan gigi yang cantik justeru, semua ini memerlukan penjagaan yang betul.

Jelita jaga gigi

INGImage/Click Photos

Untuk itu, anda perlu ketahui apakah cara yang betul untuk memastikan gigi anda dijaga elok dan sempurna. Dan ianya tidaklah memerlukan perbelanjaan yang besar seperti diwar warkan di media sosial.

SENYUMAN SIHAT BERMULA DI RUMAH

Tabiat anda di rumah mempengaruhi kesihatan gigi. Memberus dua kali sehari sudah memadai dan jangka masa setiap sesi berusan adalah dua minit pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.

Ubat gigi yang berwarna-warni dengan kenyataan berbunga-bunga tak semestinya terbaik untuk gigi anda. Malah, ada pakar mengatakan, itu hanya sekadar hype tetapi yang sebenarnya, cara anda memberus dan menggunakan flos lebih penting untuk mengurangkan plak pada celah gigi.

Flos gigi dua kali sehari juga dan pastikan anda menarik flos pada sudut yang sampai pada kesemua celahan gigi. Alternatif lain adalah menggunakan gajet yang mengepam keluar air yang laju ke celah gigi seperti Philips Sonicare Air Floss.

MITOS MENGENAI CECAIR PENCUCI MULUT

Sesetengah kajian mengatakan, cecair pencuci mulut boleh membantu mengekang gigi daripada mereput tetapi sesetengahnya mengatakan, jika menggunakan sejurus selepas mereput, kebaikan dalam ubat gigi yang digunakan juga akan tersingkir bila berkumur.

Sebaiknya, anda berkumur menggunakan cecair pencuci mulut ini setengah jam selepas memberus gigi supaya anda meraih kebaikan berganda.

KENAPA GULA TAK BAIK UNTUK GIGI

Selain tak bagus untuk kesihatan tubuh kerana boleh menyebabkan kencing manis dan masalah kesihatan yang lain, gula juga memberi kesan kepada kesihatan gigi. Untuk elak gigi mereput cepat, doktor gigi menyarankan hanya empat sudu teh gula sehari untuk kebaikan gigi.

Ingat, air soda, jus buah malah air penambah tenaga padat dengan kandungan gula jadi minumlah dengan berpada-pada. Selain itu, merokok turut menyumbang kepada kerosakan gusi hingga menyebabkan ia tidak dapat memegang gigi dengan baik.

BAHANA SAKIT MULUT

Jika anda memandang remeh masalah gigi dan gusi, awas. Ini kerana masalah mulut sebegini boleh menyebabkan timbulnya masalah kesihatan tubuh yang lain. Gusi yang berdarah atau luka atau tidak sihat boleh menjadi tempat pencambahan bakteria yang tinggi dan bakteria ini boleh memasuki tubuh dan mengakibatkan anda menjadi tidak sihat.

 

The post Tip Mudah Jaga Gigi Bagi Cantik appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment