Tip Kediaman: Trik Cipta Ilusi Ruang Yang lebih Luas

Tip kediaman untuk anda yang memiliki ruang kecil dan terhad agar tampak lebih luas dengan sedikit trik dalam menata keseluruhan ruang.

Siapa yang tidak mahu memiliki kediaman yang luas dan selesa. Jika anda tidak berpeluang untuk memiliki apa yang diidamkan, anda masih mampu mewujudkan ruang sedia ada agar tampak lebih luas dan selesa dengan sedikit sentuhan kreativiti.

tip kediaman

 

RANCANG SUSUN ATUR PERABOT
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah tempatkan perabot yang besar di sudut dinding dan jangan biarkan ia menghalang laluan.

TUJUAN: Perabot yang diatur di sudut dinding akan memberi ruang maksima untuk anda bergerak dengan lebih mudah.

TIP: Wujudkan ilusi lapang dengan memberi sedikit jarak di antara perabot dan dinding. Perabot yang disusun terlalu rapat ke dinding hanya akan menyebabkan ruang tampak kaku.

KEMASAN LANTAI DAN DINDING
Gunakan kombinasi warna rona cerah pada jubin lantai, dinding dan siling. Warna yang dipilih haruslah berbeza antara kedua-dua elemen, tetapi masih dalam kelompok warna yang sama.
TUJUAN: Kombinasi serta kontras rona cerah pada lantai dan dinding akan memantulkan sinaran cahaya yang membantu ruang agar tampak lebih luas.
TIP: Anda boleh menggunakan warna putih, tetapi jangan biarkan ia terlalu putih kerana akan memberikan impak pucat. Berikan sedikit rona off white supaya ruang itu dapat bersatu dengan kemasan lain.

HIASAN TINGKAP DAN JENDELA
Biarkan tingkap dan jendela anda tanpa langsir.
TUJUAN: Pengalihan dan pengaliran udara serta cahaya dapat berlaku secara maksima. Ia juga memberi perasaan ruang kelihatan lebih luas.
TIP: Pilih langsir daripada fabrik nipis yang masih membenarkan cahaya menembusi ruang sekiranya anda ingin mewujudkan ruang peribadi.

PEMILIHAN PERABOT DAN AKSESORI
Gunakan perabot yang sesuai dengan saiz ruang serta sebaiknya mempunyai kaki dan lutsinar.
TUJUAN: Saiz yang sesuai dapat menjadikan ruang kelihatan lebih selesa. Pengaliran udara serta cahaya harus berlaku secara menyeluruh dalam sesebuah ruang. Rongga pada bahagian kaki perabot mampu memberi ilusi terapung dan lapang.
TIP: Implikasi lutsinar hanya perlu digunakan pada barang dan aksesori tertentu seperti kerusi meja makan, meja kecil di tepi sofa dan gelas di atas meja makan.

tip kediaman

Sumber/Foto: Arkib Jelita

The post Tip Kediaman: Trik Cipta Ilusi Ruang Yang lebih Luas appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment