Tip kecantikan ini khas untuk anda yang menjaga wajah dan kulit. Sudah menjadi naluri wanita untuk tampil cantik dan sihat persis selebriti mahupun model. Ada pelbagai helah untuk mendapatkan hasil sebegitu. Lima helah mudah ini boleh membantu.
Lindungi leher
Elak menyembur wangian terus ke leher kerana bahagian ini sebenarnya sensitif kepada selaran cahaya matahari. Malah, semakin meningkatnya usia, kulit di leher lebih mudah berkedut dan berdepan masalah hiperpigmentasi. Bila anda menyapu krim wajah, lanjutkan juga pada bahagian leher supaya ia juga mendapat perlindungan yang diperlukan.
Rambut Kekal Berkilauan
Guna air basuhan beras untuk rawatan rambut yang tidak bermaya dan kering. Ini kerana beras mengandungi vitamin B yang mampu membekalkan kelembapan pada rambut anda. Caranya mudah, selepas bersyampu, bilaskan dengan air bersih. Kemudian tuang air beras pada rambut dan urut perlahan. Biarkan seketika selama lima minit sebelum membilas rambut sehingga bersih. Air beras boleh disimpan dalam peti sejuk dan jangka hayatnya sehingga empat hari.
Lindungi Mata
Bila anda mengenyit mata, otot di kawasan itu bekerja keras sehingga timbulnya garisan halus. Itu sememangnya sesuatu yang anda tidak boleh elakkan. Namun, ada caranya untuk mengurangkan cela garisan halus. Pakai cermin mata hitam untuk melindung terutama bila keluar dan terdedah pada sinaran matahari. Namun, elakkan bingkai cermin mata yang diperbuat daripada logam kerana ia boleh menyebabkan garis halus menjadi lebih dalam dan jelas kelihatan.
Redakan Kemerahan
Sapukan lapisan nipis yogurt Greek pada wajah selama 10 minit, seminggu sekali. Ini kerana ia mengandungi probiotik yang berfungsi sebagai antibakteria dan bahan yang menghindari rengsa, maka menjadikannya bahan yang mampu meredakan kulit sensitif dari kemerahan. Yogurt Greek mengandungi asid laktik yang mampu menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan wajah anda!
Serikan Wajah Secara Semulajadi
Baring dan juntaikan kepala ke bawah selama tiga minit setiap hari. Sebabnya? Darah yang mengandungi nutrisi dan oksigen mengalir terus ke wajah kesan daripada tarikan graviti bumi. Hasilnya, wajah kelihatan berseri secara semula jadi. Satu lagi tip, wapkan muka anda menggunakan air panas yang diletak dalam mangkuk yang besar selama 5-10 minit bagi membuka pori-pori dan membuang toksin melalui perpeluhan. Ianya juga membantu melancarkan peredaran darah di muka. Kemudian bersihkan muka dengan air sejuk dan gosok ketulan ais perlahan-lahan untuk menutup semula pori-pori wajah. Oleskan pelembap muka selepas itu.
Foto: 123rf.com
The post Tip Kecantikan Persis Supermodel appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment