Sari Yanti Beri Peringatan Buat Peminat Misterinya

 

Pelakon Sari Yanti baru-baru menjadi trending di laman Facebook gara-gara kerap memuatnaik gambar selfie dengan kapsyen dua rangkap pantun yang mencuit hati. Rata-rata pengguna Facebook yang mengikuti page Sari Yanti akan membalas kapsyen tersebut dengan dua rangkap pantun juga.

sari yanti

Malah kekerapan Sari Yanti menggunakan pantun dua rangkap menjadi topik hangat di Facebook oleh netizen yang menganggap pelakon itu seorang yang sporting dan pandai berjenaka. Page Sari Yanti itu kini telah mencecah hampir 100,000 likes. Bagaimanapun Sari Yanti baru-baru ini tampil membuat kenyataan yang dia tidak pernah memiliki fan page di Facebook. Menerusi Instagramnya, Sari Yanti menjelaskan kepada peminat khususnya di Facebook supaya tidak terpedaya dengan gambar-gambar yang dimuatnaik beserta kapsyen pantun dua kerat tersebut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saja kakak nak beritahu., 👆 ini bukan page facebook kakak. Gambar dalam ni semua diambil dari Instagram kakak. Tak perlu cari kakak di FB sebab memang tak ada.. – pada yang buat page ni.. minta maaf nak cakap sikit, saya tak marah..- cuma tak sedap lah bila pandai pandai letak caption dalam post seolah olah saya yang cakap. Kalau anda nak post balik gambar dari IG saya, silakan.. tapi terangkan lah pada umum anda sekadar post balik.. anda bukan saya. Anda nak berpantun? Seronok pantun anda di balas balas ? Sila kan.. tak ada halangan. Tapi jangan mengaku diri anda adalah saya. To everyone else – pls take note. Terima kasih.

sari yanti

Sari Yanti memberi amaran dan peringatan kepada individu disebalik fan page tersebut supaya tidak menggunakan namanya untuk kepentingan peribadi sehingga boleh menjejaskan namanya. Bagaimanapun pelakon itu tidak membuat sebarang tindakan atau laporan kepada pihak berkuasa setakat ini. Sehingga semalam fan page tersebut masih lagi aktif dan tidak henti menerima komen dan respon untuk kapsyen meraik itu.

Dalam pada itu, Sari Yanti telah berpisah dengan bekas suaminya pada Disember 2014 dan hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Basit Al-Haq.

sari yanti

Foto: http://ift.tt/2a8Db6F Facebook.com

The post Sari Yanti Beri Peringatan Buat Peminat Misterinya appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment