RITA RUDAINI DEDAH JEJAKA PALING RAPATNYA DENGANNYA MENINGGAL DUNIA?

rdPelakon Rita Rudaini mendedahkan pernah rapat dengan seorang lelaki yang disifatkan sebagai tempat dia meluahkan perasaan sepanjang empat tahun bergelar ibu tunggal. Rita bagaimanapun berkata, lelaki tersebut sudah meninggal dunia pada April lalu kerana menghidapi penyakit kronik. 

“Hubungan kami hanya di alam maya sahaja tapi saya akui dia lelaki paling memahami dan selesa untuk berkongsi perasaan.  Dia meninggal dunia pada April lalu, kami belum pun sempat bertemu kerana dia tinggal di luar negara,” ujarnya.

Rita turut menjelaskan hubungan selama beberapa bulan dengan lelaki terbabit tidak lebih daripada sekadar teman rapat semata-mata.

“Dia baik dan kami sering berhubung, malah dia ada meluahkan perasaannya yang sukakan saya. Tetapi saya sejak awal beritahu bahawa saya tidak mahu berkahwin,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada hatinya sudah terbuka untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya, Rita berkata, tiada lelaki yang berani mendekatinya ketika ini. Dia tidak menolak jika diberikan jodoh yang sesuai sebagai peneman hidup suatu hari nanti.

“Buat masa ini saya memang tidak mahu kahwin tapi jika suatu hari nanti Allah beri orang yang baik saya terima. Cuma sekarang ini saya rasa tiada lelaki yang berani dekat dengan saya kerana mungkin mereka takut saya heret mereka ke mahkamah,” ujarnya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment