Hari Raya tidak akan lengkap tanpa program-program menarik di televisyen. Raya tahun ini TV3 sajikan anda dengan pelbagai drama dan rancangan menarik. Jangan sampai tak sedar tetamu bertandang sudahlah ya!
5 Julai 2016
9.25mlm FIESTA RAYA
CINTA SI WEDDING PLANNER RAYA
Fariz Adryan dan Zara Batrisya telah berkahwin selama dua tahun. Sementara itu, Ikhmal Bazli dan Shaqirin juga sudah berkahwin lebih kurang setahun. Zara dan Bazli merupakan adik-beradik yang telah terpisah semenjak kecil. Namun begitu, mereka pernah menjalinkan hubungan percintaan sebelum mengetahui hal sebenar. Hal ini menyebabkan Shaqirin cemburu kerana hubungan mereka kekal mesra. Konflik terjadi apabila salah faham wujud antara kedua-dua pasangan ini. Zara Batrisya akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk menjarakkan diri dengan Fariz Adryan.
PELAKON: Adi Putra, Mira Filzah, Fadlan Hasim,
11.05mlm INDAHNYA SYAWAL
Syawal disambut setelah kita berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan melawan lapar dan dahaga. Ramadan juga mengajar kita bersyukur dan melahirkan lebih rasa simpati buat mereka yang kurang bernasib baik, mengajar kita erti kehidupan. Indahnya Syawal ialah sebuah program islamik 60 minit yang dipenuhi dengan zikir, nasyid, tazkirah sebagai tanda meraikan kemenangan kita melawan nafsu sepanjang berpuasa. Program ini dihoskan oleh AG Kool FM bersama pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias dan turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Faizal Tahir, Yassin, Black, Akim dan Stacy.
6 Julai 2016
10.02pagi TELE RAYA
HELLO MR PERFECT RAYA
Rumah tangga Izzul dan Alya begitu bahagia. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Masing-masing begitu teruja sehinggalah tiba bulan Ramadan, kekecohan mula berlaku apabila masing-masing kepenatan mengurus bayi dan persediaan untuk berbuka serta bersahur. Datin Seri Rosni dan Mak Temah sanggup menjaga bayi Alya. Alya dan Izzul enggan kerana mereka tidak mahu menyusahkan orang tua masing- masing. Arif dan Ainul pula masing-masing merasakan hubungan mereka semakin renggang. Sejak Ramadan bermula, mereka jarang dapat berbuka bersama kerana terpaksa memenuhi undangan majlis berbuka. Tambahan lagi Ain, bekas teman wanita Izzul kembali mengganggu hidup mereka.
PELAKON: Fattah Amin, Ruhainies, Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, Dato Eizlan Yusof, Fiza Elite
9.00mlm FIESTA RAYA
MAK CUN PI NEW YORK
Mak Cun ke New York untuk berjumpa dengan anaknya Atun selepas mendapat panggilan yang dia akan berkahwin di New York. Atun merahsiakan siapa bakal suaminya daripada Mak Cun. Mak Cun tergesa-gesa ke New York kerana bimbang anaknya akan berkahwin dengan “mat saleh” dan tidak mengikut ajaran Islam. Dalam keadaan huru hara, Mak Cun tetap membawa sejumlah produk keluaran kampung dan produknya untuk dipasarkan di sana. Mak Cun cuba selidik siapa bakal suami Atun, hingga menyebabkan pertelingkahan antara mereka. Mak Cun bertindak untuk keluar dari rumah tersebut dan berfikir untuk menyewa hotel di sekitar Bandar New York. Tanpa Mak Cun sedari, bayaran penginapan telah menjangkau lebih daripada wang yang dibawa oleh Mak Cun hingga menyebabkan dia ambil keputusan untuk menjual produknya di sana untuk membayar kos hotel. Mak Cun terserempak dengan lelaki berkulit hitam yang telah banyak membantunya untuk kembali kepada Atun.
7 Julai 2016
7.00pagi MALAYSIA HARI INI RAYA SPECIAL (Raya Pertama – Ketiga)
Sinopsis: Malaysia Hari Ini Aidilfitri yang berkonsepkan bual bicara muzikal menyambut lebaran yang mulia bersama-sama dengan barisan artis terkenal dulu dan kini antaranya Datuk A. Rahman Hassan, Rohana Jalil, Siti Fairuz, Aris Ariwatan, NICO, Aizat Amdan, Waris, Ronnie Hussin, Sherry Al-Hadad, Eby Yus, dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, barisan personaliti TV3 bersama keluarga masing-masing turut memeriahkan program istimewa ini. Penonton bakal disajikan dengan lagu-lagu Raya dari zaman 60-an sehingga ke era masa kini serta kisah-kisah menarik yang dikongsikan oleh tetamu-tetamu jemputan.
10.02pagi TELE RAYA
RAYA KAMI
Ramadan kali ini, Zaidi dan Rahmah akan menunaikan umrah. Masalah timbul apabila mereka tidak ada penjaga untuk anak-anak mereka termasuklah ibubapa mereka yang setiap hari mahu menunaikan solat terawih di masjid. Maka, Rayyan iaitu adik kepada Rahmah bakal menjaga anak-anak mereka. Rayyan dikatakan seorang jurulatih yang tegas di Pusat Latihan Khidmat Negara. Anak-anak Zaidi dan Rahmah tidak suka pada Rayyan kerana jadual sepanjang bulan Ramadan mereka padat dengan ibadah dan disiplin. Suatu hari ketika menghantar anak-anak kakaknya ke kelas mengaji, Rayyan bertemu Ustazah Jannah dan mula cinta pandang pertama.
PELAKON: Fattah Amin, Aida Aris, Azri Iskandar, Ellie Suriati, Elfaeza Ul Haq, Adik Azrell Omar, Adik Shiha Shahril, Adik Qurratu Ain, Adik Danial, Adik Adrianna
12.02tghri SKRIN RAYA
TEMBUS
Kisah sepasang suami isteri miliki segala kemewahan, kejayaan duniawi sehingga terlihat kesempurnaan mereka sukar ditembusi anasir luar, namun rupanya tanpa sedar ada riak diri segala perancangan hidup sang isteri buat keluarga, mewujudkan lubang lubang kecil untuk dugaan besar menembusi dengan membawa lari satu satunya zuriat pengikat kasih mereka. Ketika itu, doa dan cinta sejati mampu menewaskan segala duga.
PELAKON: Aaron Aziz, Nur Fazura, Luna Maya dan Mia Sara Nasuh
9 Julai
5.00ptg DRAMA RAYA
KETUPAT TERAKHIR
Mak Nen sentiasa mengingati saat-saat bahagia dia bersama satu-satunya anak tunggalnya, Rahim. Namun setelah berkahwin, sikap Rahim mula berubah. Mak Nen nekad tahun ini dia mahu beraya dengan Rahim. Pada malam raya, Rahim dan isterinya, Dira akan berangkat ke Paris. Dengan pertolongan Wahid anak muda yang selalu membantunya, Mak Nen telah pergi ke KL dengan menaiki kereta lama Wahid. Orang gaji memberitahu yang mereka telah pergi keluar negara. Hancur hati Mak Nen. Dia membawa ketupat dan Wahid mengajak Mak Nen pulang semula ke kampung. Rahim pula telah bertengkar dengan Dira di tepi jalan hampir ke KLIA. Dia rasa berdosa pada ibunya dan mahu kali ini bertemu dengan ibunya. Sepanjang jalan pulang Rahim mengingati semua kesilapannya dan betapa derhakanya pada ibu yang terlalu menyayanginya.
PELAKON: Azhan Rani, Nabila Huda, Fauziah Nawi, Norlia Ghani, Haeryanto Hasan
9.00mlm FIESTA RAYA
CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU RAYA
Puteri merancang untuk meraikan Hari Raya di rumah nenek dan Mak Ngah bersama anak sulungnya, Daniel. Seminggu sebelum Raya, ibu tiri baharu Puteri telah disahkan mengandung. Kebetulan ayah Puteri berada di luar negara atas urusan perniagaan. Puteri merasakan sesuatu tidak kena dan beranggapan Daniel menyembunyikan sesuatu daripadanya. Hakikatnya, Daniel dinaikkan pangkat dan terpaksa ke luar negara. Dia terpaksa menyembunyikan dulu berita tersebut daripada pengetahuan Puteri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Masa kian suntuk, ibu tiri Puteri sudah sarat dan bakal melahirkan bayi dan ayah Puteri masih belum pulang.
PELAKON: Shukri Yahaya, Zahirah MacWilson, Puteri Aishah, Datuk Eizlan Yusof, Aleza Shadan
10 Julai 2016
12.30tghr MELODI RAYA 2016
Program istimewa dua episod Melodi Raya ini menghimpunkan ratusan selebriti hangat Malaysia. Bersama hos Melodi raya iaitu AG Kool FM, Awal Ashaari, Marsha Milan, Ayda Jebat and Zizan Razak penonton akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya kegemaran ramai oleh tetamu jemputan seperti Ogy Ahmad Daud, Izreen Azminda, Siti Sarah, Rahimah Rahim dan ramai lagi bagi episod pertama. Episod kedua pula akan memaparkan gossi-gosip raya dan ucapan raya oleh para selebriti jemputan. Hos: AG Kool FM, Awal Ashaari, Marsha Milan, Ayda Jebat and Zizan Razak.
5.00ptg DRAMA RAYA
SEHELAI SONGKET BERBUNGA PENUH
Haikal bekerja di bandar. Dia datang dari keluarga yang sederhana. Pada hari Raya tahun ini, dia berhajat untuk menghadiahkan bapanya, Fadil, sehelai sampin songket kerana selama ini Fadil tidak pernah memiliki walaupun sehelai. Haikal mengajak rakan serumahnya, Johan, untuk menemaninya mencari songket. Mereka berurusan dengan Farah, pembantu di gedung kain tersebut yang merupakan bekas kekasih Haikal. Namun, perkara tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan Johan. Johan yang mula jatuh hati dan keluar bersama Farah akhirnya mendapat tahu tentang kisah silam mereka. Hubungan rapat mereka mula renggang sehingga terjadi sebuah insiden yang menyebabkan Johan menyesal.
PELAKON: Namron, Amar Asyraf, Hanis Kamal Bakar, Rosnah Johari, Sabrina Ali, Ariff BMB
9.00mlm FIESTA RAYA
DILWALE
Mengisahkan seorang jejaka tampan bernama Raj dan seorang wanita bernama Meera yang saling mencintai. Akan tetapi, mereka harus mengatasi masalah mereka yang telah berlaku pada masa silam. Selain itu, Veer yang jatuh cinta kepada Ishita juga harus berjuang untuk menambat hati gadis kesukaannya.
PELAKON: Shah Rukh Khan, Kajol, Varun Dhawan, Kriti Sanon
The post Raya Lebih Meriah Bersama TV3 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment